Site icon Travel Blogger Malaysia

ParnDhevi Riverside Resort Spa Tawar Pengalaman Percutian Unik

Terletak agak jauh dari kota Bangkok. Lokasinya berada di daerah Nakhon Pathom. Di sini, ada resort spa terbaik di daerah ini dikenali sebagai Parn Dhevi. Nak tahu? ParnDhevi Riverside Resort Spa Tawar Pengalaman Percutian Unik yang anda tak akan dapat di tempat lain. Resort Spa di tebing sungai ini sangat unik.

ParnDHEVI Reverside Resort & Spa terletak di taman yang subur berdekatan River Nakornchaisri (atau dipanggil Sungai Thagene) daripada laluan sungai Ampor Sampran, Nakhon Pathom. Hanya 30 minit memandu dari kota Bangkok (melalui jambatan Pinklao). Di ParnDhevi, anda akan dapat melepas tekanan ‘stress’ kehidupan seharian. Alam semulajadi di sini, persekitaran dengan gaya hidup  masyarakat kampung pinggir sungai Nakornchaisri akan memukau semua pelancong.

ParnDhevi Riverside Resort & Spa

ParnDhevi Riverside Resort Spa

 

Setiap satu daripada 15 Villa di sini diolah dengan gaya Thai Lanna. Ia dihiasi dan direka dengan perabot kayu yang unik dan dikelilingi oleh taman yang subur tropika, Taman ini dihubungkan dengan jambatan kayu berjalan kaki ke terusan buatan manusia ke bilik-bilik.

Ada dua pilihan bilik di sini iaitu Lanna Suite dan Lanna Villa. Sudah pasti la bilik Lanna Suite lebih mahal dari Lanna Villa.

Nama pun ParnDhevi. Kata mereka, tujuan resort ini adalah untuk melayan tetamu hotel dengan pengalaman sepertu ‘Dhevi’ (V.I.P). Sebab itu, segala yang disediakan di sini adalah berasaskan kualiti terbaik untuk semua tetamu hotel. Termasuk dengan penginapan semulajadi, hidangan restoran tepi sungai dan juga perkhidmatan spa. 

Malangnya, masa MrJocko singgah di sini, Perkhidmatan Spa tutup kerana berkebetulan dengan Cuti Tahun Baru Cina.

 

 

Baca : Terbang Ke Bangkok Dengan Thai Airways

Sekali masuk ke jambatan untuk ke bilik, terasa betul-betul dalam taman yang asli. Wah!!! Itu saja yang boleh MrJocko kata. Memukau. Setiap jambatan akan menghubungkan pintu masuk ke bilik masing-masing. Tengok jambatan kayu di sini memang dan nampak keaslian hidup masyarakat kampung Thai.

 

ParnDhevi Riverside Resort Spa Nakhon Pathom

Bilik di Lanna Villa ada punyai 2 katil single dan juga satu katil queen size. Boleh kata, bilik di sini sesuai untuk 2 orang. Nak duduk 3 – 4 orang pun boleh sebenarnya, tetapi kena ambil tilam extra atau pakai cadar :). 

Secara peribadi, konsep resort di ParnDhevi ini memang lain. Dengan susunan perabut kayu, atap bumbung yang tinggi serta lampu yang malap memang boleh dikategorikan resort yang lebih dekat dengan alam semulajadi. Nak honeymoon, ini lokasi menarik.

Oh ya, dalam bilik ada WiFi dan juga TV. Jadi tak la boring sangat kalau jenis yang suka layan movie atau internet.

Nak tahu pasal info lanjut boleh layari : http://www.parndhevi.com/accommodations.php

 

 

Baca : Tempat Menarik di Bangkok Thailand

Yang agak pelik, bila bilik air di ParnDhevi Riverside ini terletak di luar bilik. Kena buka pintu dan masuk pintu lain. Tetapi menarik sebab ia ada bathtub yang besar dan juga ruang bilik mandi yang agak besar. Cuma, kalau jenis penakut, anda akan terasa seram seketika :).

Overall untuk resort di ParnDhevi Riverside Resort Spa di Nakhon Pathom ni MrJocko boleh berikan 4 Bintang. Dengan keaslian, servis, menu makanan pun best (walaupun makan makanan yang berasaskan vegetarian sahaja) kualiti dan keunikkan di sini patut diberi pujian. Tak banyak resort seperti ini, ini antara ‘rare’ resort yang patut anda cuba di Nakhon Pathom.

Terima kasih buat Tourism Authority of Thailand yang memperkenalkan resort ini kepada MrJocko. Ada peluang, ini resort yang patut anda cuba.

 

 

Exit mobile version