Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Baru Bandung Syurga Barangan Murah Indonesia

Kita sambung lagi kisah cerita di Bandung. Hari tu MrJocko stop lepas cerita pasal Hotel Pop! Bandung, hotel butik yang terletak di sebelah dengan Shopping Mall Festival Citylink dan Harris Bandung. Kata staff di kaunter tersebut, Harris dan Pop Hotel adalah dibawah kendalian syarikat yang sama. Bezanya, Harris Hotel Bandung bertaraf 3 Bintang dan Pop Hotel cuma Butik Hotel.

 

Hari kedua di Bandung, kami terus ke tempat shopping yang terkenal di Bandung iaitu Pasar Baru Bandung. Bangunan shopping mall yang setinggi 5 tingkat ini sememangnya terkenal dengan penjualan barangan-barangan seperti barangan Kulit, Beg, Pakaian, Mainan, Aksesori, Kain Pasang dan bermacam-macam lagi. Sehari memang tak cukup untuk singgah dan memilih barangan yang dijual di sini, jauh lebih murah dari harga di Kuala Lumpur.

Pasar Baru Bandung 

Rata-rata pengunjung serta pembeli di sini ialah orang Malaysia. Supir saya, Denny bagitahu, kalau tiba bulan Puasa, orang Malaysia tak ramai datang ke Bandung. Oleh sebab itu, banyak kedai-kedai di dalam Pasar baru tak boleh buat sales seperti biasa. Lengang dan memang selalunya bulan Ramadhan di Pasar Baru menjadi kawasan yang kurang pembeli kerana majoriti pembeli di sini adalah dari Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

Ini kedai kain yang pernah kami singgah masa ke Bandung beberapa tahun lepas. Kata Denny, di sini antara yang termurah. MrJocko juga sempat menempah satu Suit Blazer di sini, dengan harga cuma RM400, complete dengan seluar slacks dan siap dihantar ke Jakarta. Murah kan?

 

Kat sini juga boleh dapatkan harga T-shirt murah-murah keluaran Indonesia seperti yang anak MrJocko tunjuk tu. Untuk 5 helai boleh dapat dengan harga Rp100,000 = RM35. Murah la jugak. Lagipun, kat gerai ni MrJocko dapat free sehelai lagi untuk T-shirt budak pasal tauke kedai ni kenal Denny. 🙂

 

 Menarik di Pasar Baru Bandung

 

pasar-baru-bandung

 

 Pasar Baru Bandung

Jika anda membeli seluar Jeans atau slack, atau apa-apa kain yang memerlukan khidmat ‘alter’, jangan risau. Di kami lima bangunan Pasar Baru ini memang banyak brader yang menyediakan khidmat ‘jahit menjahit’. Harga upah murah, satu khidmat potong dan jahit seluar jeans cuma Rp7000 sahaja = RM2.50 lebih kurang la.

 

Untuk pengetahuan anda, di Pasar Baru Bandung ni, adalah kawasan yang selamat. Namun, masih kena berhati-hati dengan Pencopek dan Peragut lebih-lebih lagi kalau berada di tingkat bawah sekali. Pencopek dan Peragutnya adalah kaum wanita dan mereka ini memang cilik dan professional. Jangan tak percaya pulak.

 

Kalau bawak duit banyak mana pun di Pasar Baru Bandung, bagi yang gemar shopping barangan murah, memang tak cukup. Mesti ada yang nak di beli. Oleh itu pandai-pandai la budget. Kalau anda bawa duit Rupiah dan tiba-tiba duit tersebut tidak cukup atau habis, jangan risau, peeniaga disini menerima semua nilai duit Ringgit Malaysia. Tetapi harga tukaran yang mereka buat agak mahal berbanding tukaran Money Changer. Apa buleh buat kerana di kawasan tersebut cuma ada satu sahaja Money Changer dan sampai sekarang, MrJocko tak tahu kat mana Money Changer tersebut.

 

So, daripada susah nak cari Money Changer, baik pakai bayar RM sajer la,,, mudah 🙂

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.