Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Borong Wakaf Che Yeh Tempat Shopping Murah Di Kelantan

Pernah dengan orang kata Pasar Borong Wakaf Che Yeh Tempat Shopping Murah Di Kelantan? Malam Raya kedua, aku bawak wife aku jalan-jalan ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Pasar Borong ni start famous lepas tahun 2003 kot, dengan pelbagai jualan murah dari pakaian, makanan, kasut dan banyak lagi. Bermula dgn Pasar Malam biasa, makin lama makin famous since banyak barang yang di jual di sana memang murah dan berpatutan.

Sebenarnya sudah lama tak jalan-jalan ke situ. Sebab tu, teringin nak tengok apa yang menarik ada di Pasar Borong ini. Dulu pasar borong ni kecik jer, sekarang dah jadik besar. Memang besar dan luas. Beroperasi tiap-tiap malam bermula jam 7.30mlm (lps Maghrib) hinggalah ke jam 3.00 – 4.00pagi.

Baca : Pasar Borong Wakaf Terkenal Di Kelantan

pasar borong wakaf che yeh
Pasar Borong Wakaf Che Yeh

Baca : Shopping Borong di Namdaemum Seoul Korea

 

Barang-barang memang banyak. Kalau korang nak cari Kain Ela, Baju, Seluar, Tudung, Jersey, Tuala, Sampul Bantal, Mainan Kanak2, Barang2 Dapur, Buahan, Kasut, Selipar dan macam-macam lagi. Hinggakan Beras pelbagai gred pun ada di jual di sana.

Pasar Borong ni lokasinya boleh dikira dekat jer dengan bandaraya Kota Bharu. Agak-agak jauh dalam 5km jer. Ramai yang suka ke sini sebab asalnya tempat luas, parking agak OK la since free dan jugak banyak space cuma nak kena park betul-betul. Tips nak datang ke sini, tolong la jangan main park depan rumah orang pulak. Nanti kena marah.

Masa aku dan wife datang ke Pasar Borong ni malam tu, sempat la aku makan-makan, jalan-jalan beli buah sikit dan beli barang-barang dapur Mak. Harganya memang murah sangat-sangat. Sesaper yang lalu ke Kota Bharu, try la singgah ke Pasar Borong Wakaf CheYeh ni yer.

Dulu pernah MrJocko kongsi entry pasal Wkaf Che Yeh di sini – http://www.mrjocko.com/2009/09/pasar-malam-wakaf-che-yeh.html

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.