Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Buah Berastagi Medan Jual Buahan Tempatan Murah Dan Manis

Medan, Indonesia bukan sahaja terkenal dengan tarikan pelancongan yang menawarkan pemandangan landskap yang cantik, tetapi juga dengan produk tempatan yang murah dan berkualiti. Antara yang menarik di Medan, termasuk pilihan produk pertanian seperti buah-buahan dan sayuran yang segar dan murah. Antara tempat menarik di Medan ialah Pasar Buah Berastagi Medan Jual Buahan Tempatan Murah Dan Manis.

Kalau orang tempatan kenali tempat ini sebagai nama Pajak Buah. Pajak bermaksud pasar bagi orang Indonesia. Lokasinya terletak ditengah pekan Berastagi, bersebelahan dengan bulatan Tugu Kota Berastagi.

Baca : Tempat Tempat Menarik Di Medan Indonesia

Pasar Buah Berastagi Medan

Pasar Buah Berastagi Medan

 

Tak lengkap percutian korang ke Medan jika tidak sampai di Pasar Buah Berastagi. Walaupun lokasinya agak jauh terletak disebelah utara bandar Medan, tetapi ia destinasi wajib lawat kalau ke Medan.

Terletak kira-kira 65 kilometer dari pekan Medan, korang melalui perjalanan jalan-jalan kampung dan juga pergunungan untuk sampai ke Berastagi. Ia antara tempat sejuk dan nyaman dan dikelilingi oleh 2 Gunung Berapi yang terkenal di Medan iaitu Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Kedua-dua gunung ini masih lagi aktif dan sesekali boleh memuntahkan habuk dan batu. Namun, untuk sementara ini, ia masih lagi lokasi yang selamat untuk pengunjung dan pelancong.

Peta ke Berastagi

Travel Blogger Malaysia, Pasar Buah Berastagi, Medan, Jual Buahan Tempatan, Travel Blogger Malaysia, Pasar Buah Berastagi, Medan, Jual Buahan Tempatan, Travel Blogger Malaysia, Pasar Buah Berastagi, Medan, Jual Buahan Tempatan, Travel Blogger Malaysia, Pasar Buah Berastagi, Medan, Jual Buahan Tempatan, Travel Blogger Malaysia, Pasar Buah Berastagi, Medan, Jual Buahan Tempatan,

Kalau ke Pasar Buah Berastagi, sudah pasti Buah-buahan menjadi pilihan utama. Paling popular di sini ialah buah Jeruk (buah limau). Selain itu, ada banyak jualan buah mangga, avocado, kesemek (pisang kaki), terung belanda, strawberi, jagung, buah markisa dan banyak lagi.

Tips kalau nak beli buah di sini, sila tawar menawar. Bila dah habis tawar, beli dan ikut timbangan yang betul. Berhati-hati sebab ada beberapa peniaga mengurangkan timbangan tanpa kita sedari.

 

 

Pasar Buah Berastagi Medan

 

Nak beli buahan, memang sini lah tempatnya. Banyak gerai jual buah. Di tengah Pasar Buah Berastagi Medan ini memang khas untuk peniaga buah. Di sekelilingnya punya ada kedai jual pakaian, aksesori, kain, cenderahati dan beberapa lagi kedai jual produk tempatan.

Tips nak beli di Pasar Buah Berastagi, amalkan tawar harga diskaun sehingga 50%. InsyaAllah, kalau korang pandai, akan dapat beli dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi.

Untuk cerita, tips travel, tempat menarik di Medan, boleh baca di entry MrJocko http://www.mrjocko.com/tag/medan

 

Pasar Buah Berastagi Di Medan Jual Buahan Tempatan Murah Dan Manis Pasar Buah Berastagi Di Medan Jual Buahan Tempatan Murah Dan Manis Pasar Buah Berastagi Medan

 

Dah puas beli belah di Pasar Buah Berastagi Medan, boleh rehat sebentar mencuba Kopi Tempatan. Cara kopi ini disediakan juga berbeza. Ia mungkin pekat, tetapi rasa dia berbaloi. Untuk nilai sekitar IDR3000 (MYR1) korang boleh cuba minum kopi tempatan di gerai kaki lima. 

Tetapi, pastikan korang bukan jenis yang sensitif sebab air di Indonesia tidak sama seperti air di Malaysia. Namun, yang bagusnya, air di puncak gunung seperti Berastagi jauh lebih bersih dari air seperti di Jakarta dan Bandung.

Di belakang Pasar Buah Berastagi ini ada Taman Mejuah. Kalau ada kesempatan, boleh naik kuda dengan bayaran sekitar IDR25000 (MYR8)

Nak tahu apa kata pelancong yang sudah ke Pasar Buah Berastagi Medan, boleh lihat komen mereka di laman web Tripadvisor Pasar Buah Berastagi https://www.tripadvisor.co.id/ShowUserReviews-g469407-d8388884-r360104601-Berastagi_Fruit_Market-Berastagi_North_Sumatra_Sumatra.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.