Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Uniknya Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

Sewaktu MrJocko ke Bandung pada bulan Mac 2014, MrJocko menetap di Pop! Hotel Bandung. Lokasi Pop Hotel memang terbaik kerana bersebelahan dengan Festival CityLink Bandung dan dekat dengan kawasan Jalan Cibaduyut dan juga Jalan Cihampelas. Lagipun harga pakej penginapan di Pop Hotel agak murah kalau di beli menggunakan Online. 

Festival CityLink menghadap jalan besar yang diberi nama Jalan Peta. Di depan sikit, di Jalan Peta menghampiri cabang empat, anda boleh lihat sendiri Pasar Burung yang terkenal di Bandung. Di sini, ramai penjual Burung membawa burung mereka untuk di jual dan di pamerkan di sini. Ada pelbagai jenis burung yang di jual dan mempunyai peminat yang pelbagai.

 

Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung
Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

 

Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

 

Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

 

Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

 

Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung
Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

 

Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

Seawal pagi jam 8.00, peminat burung akan berkumpul dan melihat burung-burung yang dijual. Bagi yang berminat mereka boleh membeli burung yang mereka mahu dan boleh membeli sangkar yang sesuai untuk burung peliharaan mereka.  

Bagi seekor burung, anda boleh beli dengan nilai serendah Rp6,000 hingga jutaan Rupiah, bergantung kepada jenis dan kualiti burung. Sangkar burung pula di jual dalam pelbagai saiz. Harga serendaha Rp50,000 sehingga jutaan Rupiah.

Jadi, kalau anda ke Bandung, singgah la kejap dan anda boleh melihat sendiri betapa meriahnya Pasar Burung Bandung di Jalan Peta ini. Pengalaman yang anda tidak mungkin lihat di Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.