Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Karat Bangi Gateway Seksyen 15 Flea De Market

Untuk anda yang suka cari barang vintage, menu cara orang Malaysia, boleh singgah sini, Pasar Karat Bangi Gateway Seksyen 15 Flea De Market. Lokasi terletak di Bandar Baru Bangi, dekat sahaja dengan susur keluar Tol Bangi dan juga Hospital Pakar An-Nur Bangi dan juga kediaman Bangi Gateway. Gerai-gerai di tepi jalan sahaja, mudah untuk anda cari.

Ruang parkir memang luas, ada pilihan yang pelbagai termasuk kedai makanan di sebelah petak parkir. Ia merupakan tambahan produk yang dijual di sini pada hujung minggu selain daripada menu makanan yang ada di sana.

Baca : Bisnes Kedai Bundle di Malaysia

Pasar Karat Bangi Gateway

 


Pasar Karat Bangi Gateway Seksyen 15 Flea De Market

pasar karat bangi gateway
 

Setakat yang saya tahu, peniaga di ‘Bazar Karat’ Bangi Gateway ini meniaga pada setiap hari Jumaat dan Ahad, bermula seawal jam 6.00 petang hingga ke jam 10.00 malam (ketika tempoh Fasa 2). Sebelum ini, mereka boleh beroperasi sehingga jam 12.00 tengah malam.

Antara yang banyak di jual di sini adalah jualan pakaian, produk preloved termasuk barang-barangan vintage. Ada juga beberapa kedai menjual barangan baru dan juga aksesori untuk wanita. Hanya produk sahaja yang dibenarkan dijual di sini, kerana selang beberapa meter sudah ada tapak jualan makanan dan minuman.
 

pasar karat bangi gateway

pasar karat bangi gateway

pasar karat bangi gateway

pasar karat bangi gateway
Lokasi Pasar Karat Gateway Bangi

 

Paling ramai yang datang sini kebanyakkannya penduduk di sekitar Bangi. Namun, ada yang kata, peminat baju bundle dan peminat barangan vintage ramai sanggup ke sini untuk membeli barangan sebagai koleksi periadi dan juga untuk re-sell di kedai masing-masing.

Ramai berpendapat, harga jualan di sini agak murah berbanding dengan lokasi lain, punyai banyak pilihan serta kawasan yang lebih ramai peniaga untuk lebih banyak pilihan koleksi vintage mereka.

Flea Market sebenarnya berpotensi untuk dijadikan salah satu daripada tarikan pelancongan disesebuah kawasan. Kalau di Tokyo, Shinjuku Flea market antara lokasi tumpuan ramai pelancong untuk membeli barangan vintage. Kalau di Korea Selatan, Flea Market Dongmyo menjadi tarikan utama. Negara jiran kita, Thailand, ada Train Night Market yang popular dikalangan pelancong asing.

Sekitar Kuala Lumpur, ada beberapa lagi lokasi pasar karat yang popular yang boleh anda singgah seperti di Pasar Karat Kota Damansara (Ahad), Pasar Karat Seksyen 13 Shah Alam (Ahad), Pasar Karat Petaling Street (Jumaat Sabtu Ahad) dan beberapa lokasi lain. Namun, untuk fighter yang mencari banyak koleksi baju vintage jackpot, ramai yang kata di Flea De Market Bangi Gateway ini paling best.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.