Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah

Pertama kali sampai di Ho Chi Minh ialah dengan Wife dan anak-anak pada tahun 2012. Selepas tu dengan media Trip dan kali ini MrJocko berpeluang ke Ho Chi Minh City sekali lagi bersama pakej Victoria Tourism Vietnam. Hari pertama sampai, MrJocko dah jalan kaki ke Pasar Malam Ben Thanh Market. Di sini ada macam macam yang murah.

Selain dari Pasar Besar Ben Thanh Market, Pasar Malam Ben Thanh juga sangat terkenal di kalangan pelancong luar negara. Bukan sahaja ada pelbagai barangan yang dijual di sini, tetapi pilihan barangan yang murah dan boleh tawar menawar.

Baca : Restoran Halal di Vietnam

Pasar Malam Ben Thanh Market

Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah

 

Dari Da Nang, MrJocko terbang ke Ho Chi Minh menggunakan pesawat local airlines iaitu JetAir. Memang smooth dan mudah sebab mereka sudah biasa dengan cara mereka. 

Setiba di hotel sudah malam dan MrJocko decided untuk singgah di Pasar Malam Ben Thanh sekejap sementara ada masa terluang. Kalau nak naik Teksi, hanya memakan masa selama 10 minit sahaja dengan bayaran sekitar VND35000 (RM6) sahaja. Kalau guna GrabCar Vietnam, pasti lebih murah.

Kalau guna GrabMotor lagi la murah.

Nak tahu lokasi menarik tentang Ho Chi Minh boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/2012/03/tempat-menarik-di-ho-chi-minh.html

 

Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah

 

Sekitar pasar malam ben Thanh ini macam tak banyak berubah. Susunan gerai-gerai menjual kawasan ini hampir sama. Deretan kedai banyak menjual pakaian, t-shirt, beg, kasut, aksesori, makanan, buahan, gerai makanan dan pelbagai lagi barangan yang mungkin tidak ada di Malaysia.

Kalau nak ke sini, ikut sahaja peta menuju ke Ben Thanh Market. Gerai jualan pasar malam berada di sekeliling Ben Thanh Market.

Tips untuk membeli belah di Pasar Malam Ben Thanh mudah sahaja. pastikan korang nak beli barangan tersebut. Tawar harga sehingga 60%. Kalau korang nasib baik, korang dapat. Kalau tidak, mungkin dapat harga sekitar 40% – 50% diskaun. Kalau dah dapat harga murah tu, kena lah beli. Jangan pula main-main tak nak beli. Nanti kena marah dengan penjual.

 

 

Pasar Malam Ben Thanh Market Ada Macam Macam Yang Murah
Air Tebu VND10,000

Pasar Malam Ben Thanh Market

 

Satu lagi kena ingat, banyak barang yang dijual di kaki lima, gerai dan sekitar pasar borong di Ben Thanh menjual produk tiruan. Sebab itu harganya jauh lebih murah dari harga original. Pun begitu, banyak produk yang dijual di sini punyai kualiti yang bagus dan berbaloi.

Kalau kain pasang, baju wanita dan pelbagai aksesori tambahan wanita, sebaiknya tunggu beli ketika di Pasar Besar Ben Thanh buka waktu siang hari.

Nak baca review tentang Ben Thanh Night market boleh baca sini https://www.tripadvisor.com/Attraction_Review-g293925-d12084531-Reviews-Ben_Thanh_Night_Market-Ho_Chi_Minh_City.html

Sebarang pembelian dan jual beli barangan tiruan adalah atas tanggungjawab sendiri. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.