Pasar Malam Uptown Di Dongdaemun Seoul Korea Selatan
|Pertama kali MrJocko datang ke Dongdaemun pada tahun 2011 dulu bersama wife. Masa tu, musim sejuk lagi, winter Trip ke Seoul. Suhu waktu ini sekitar 0 – 5 darjah celcius. Kami tetap keluar untuk jalan-jalan merayap di pasar malam Uptown di Dongdaemun. Maklum la, nak penuhkan masa dan ambil peluang selagi mampu, masa yang ada selama kami di bandar Oppa ini.
Kali ini, MrJocko ke Pasar Malam Uptown Dongdaemun sekali lagi. Kali ini, datang dengan rakan-rakan satu trip. Dari Grand Ambassador Hotel Seoul, kami cuma jalan kaki sahaja. Sekitar 500 meter, malas nak ambil teksi. Lagipun masa kami keluar dah sekitar jam 12 tengah malam, shuttle bas dari hotel dah tidak beroperasi.
Kali ini, cuaca di luar cuma sekitar 15 darjah celcius. Jadi ia memang suhu yang sangat selesa untuk keluar jalan-jalan. Tak panas dan memang cool…
Baca : Merayap Waktu Malam Di Dongdaemun Seoul Korea Selatan
Pasar Malam Uptown Di Dongdaemun Seoul Korea Selatan
Di pasar malam Uptown Dongdaemun ini seperti juga konsep Uptown di Malaysia. Mereka membuka gerai jualan di bawah khemah yang disediakan dan banyak menjual barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, beg dan banyak lagi. Kat sini banyak dijual barang-barang yang diperbuat dari Korea dan agak berkualiti. Harga pula, memang agak mahal, tak seperti harga yang dijual di Uptown Malaysia.
Sehelai T-shirt round neck dijual sekitar KRW 8,000 hingga KRW 15,000 (RM18 – RM45) setiap helai. Mahal kan? Tetapi, kalau diikutkan, harga di Uptown Dongdaemun ini lebih murah berbanding harga di shopping mall atau butik di Seoul, Korea.
Seperkara lagi, perlu ingat juga, kenapa barang di Seoul, Korea agak mahal, kerana banyak barangan yang dijual adalah rekaan terkini, design terbaru dan memang jarang boleh jumpa di Malaysia. Orang Korea kan seperti juga orang Jepun yang memang gilakan fesyen.
Tak sampai satu jam, kami dah habis pusing pasar malam Uptown di Dongdaemun. Ini kerana kawasannya tak lah sebesar Uptown di Malaysia. Lagipun kami setakat jalan-jalan tengok orang sahaja. Nak beli memang banyak yang rasanya dah beli benda yang sama masa di Myeongdong dan Itaewon sebelumnya.
Pasar malam Uptown Dongdaemun ini biasanya dibuka seawal jam 9.00 malam dan ia berakhir waktu subuh di sana, iaitu dalam jam 4.00 pagi. Ini kerana biasanya jam 4.30 matahari dah cerah di Seoul. Jadi, kalau korang nak lihat apa yang ada di Pasar Malam Dongdaemun ini, boleh la menuju ke berdekatan Stadium Baseball Dongdaemun lama yang kini dikenali sebagai Dongdaemun Design Plaza.