Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kami Sekeluarga Ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh Kelantan

Ini cerita Kami Sekeluarga Ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh Kelantan. Nak tahu apa dia pasar malam Wakaf Che Yeh? Adakah ia sebagus pasar malam Uptown di Kuala Lumpur?

Kalau nak tahu, konsep Pasar Malam Wakaf Che Yeh ni dibandingkan kat KL sama macam UPTOWN atau DOWNTOWN konsepnya. Semua barang ada. Pakaian, makanan, buah-buahan, tudung, henpon dan macam-macam lagi la. Pastu most of the items di jual dengan harga yang murah dan still bleh nego lagi.

Pasar Malam Wakaf Che Yeh Kelantan

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

http://www.mrjocko.com/2008/12/pasar-borong-wakaf-che-yeh.html

Memandangkan sekarang ni musim beraya dan aku jarang-jarang balik kampung, ini la masa sesuai untuk nak ke sana bersama keluarga. Jadi, malam Raya ke-3, sekitar pukul 11.00pm lebih kurang aku, wife dan adik aku gerak ke sana. Perjalanan ke sana nasib baik tak sesak dan hanya makan masa selama 20 minit dah sampai ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh.

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

 

Belum sempat aku nak lock keta, dua beradik di atas dah masuk kedai tudung dan borong tudung yang diorang nak. Dari satu gerai ke satu gerai lain sampai la diorang penat. Luas jugak pasar borong Wakaf Che Yeh di Kelantan ni.

Selepas pusing dan tawaf pasar borong Wakaf Che Yeh, kami singgah kejap pekena teh tarik dan kueh teaw goreng sebelum sambung shopping. Seluar jeans siam, jersey bola, baju tidur, baju budak-budak, buah-buahan, keropok keping serta 2 – 3 barang lagi antara barang-barang yang aku beli. Nasib baik bawak duit ciput jer. Kalau ada banyak duit time tu, sure dengan gerai-gerai pun rasa kami nak borong :).

Leka shopping kat Pasar Malam Wakaf Che Yeh, sedar tak sedar dah pukul 1.00am. Aper lagi, balik la umah. Mata pun dah ngantuk…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.