Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Malioboro Terkenal di Jogjakarta

Andai anda ke Indonesia, perkara yang menjadi tumpuan semestinya membeli belah dan memborong barangan. Di Jogjakarta, lokasi paling mencuri tumpuan ialah Jalan Malioboro. Di sepanjang Jalan Malioboro ini, ia sudah tumpuan pelancong luar dan dalam negeri untuk membeli belah di sepanjang Pasar Malioboro.

Ada banyak pilihan barangan di Jalan Malioboro, dari baju, kain pasang, kain batik, aksesori, cenderahati, buahan dan macam-macam lagi. Anda boleh menyusuri Jalan Malioboro ini dan lihat pelbagai jualan yang ada kat sini. Untuk Tips, anda boleh bermula dari Pasar Beringharjo dan menyusuri kaki lima bangunan sekitar Jalan Malioboro sehingga ke Mal Malioboro.

 

Pasar Malioboro di Jogjakarta

Pasar Malioboro di Jogjakarta

Pasar Malioboro di Jogjakarta

 

Di Mal Malioboro, anda boleh lepak seketika untuk nikmati minuman kopi di J.Co Donuts atau lepak di Restoran KFC di dalam Mal Malioboro. Shopping Mall ini kira pusat membeli belah paling besar di Jogjakarta, selepas satu lagi Mall baru yang terletak berdekatan AirPort Jogjakarta.

Kalau anda tinggal di hotel sekitar Jogjakarta, anda boleh ambik Bechak untuk ke sana. Tambang hanya Rp6000 atau sekitar RM1.80 sahaja. Kalau nak pusing sekitar Jogjakarta, anda boleh nego untuk upah sekitar Rp10,000 hingga Rp50,000 (RM3.00 – RM15.00).

Sudah pasti kalau ke Jogja, sudah dekat dengan candi Borobudur di daerah Magelang. Anda boleh dapatkan transport ke Candi Borobudur di Magelang dari Jalan Malioboro ini. Biasanya perjalanan menggunakan Kereta atau Van memakan masa selama 1 jam 1/2 dan dikenakan charge sekitar Rp100,000 atau RM30.00. Anda boleh pandai-panda tawar menawar dan mungkin boleh dapat harga yang lebih murah jika pergi berkumpulan.

Glamorous MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.