Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lauk Di Pasar Ramadhan Jalan Kuching

Kalau nak tahu, ini antara tempat feveret aku di bulan Ramadhan. Pasar Ramadhan Jalan Kuching yang terletak bersebelahan dengan Jalan Kuching, lokasi berdekatan dengan tol Jalan Kuching lama. Pasar Ramadhan yang agak besar dan macam macam ada.

 

Pasar Ramadhan Jalan KuchingPasar Ramadhan Jalan Kuching

Hari Ahad, kami plan makan kat umah jer. Lepas kemas rumah sikit, susun apa yg patut lepas Zohor smua terbongkang kat hall. Tidur sampai la kul 5.00pm.

Adik aku dah balik kampung smalam. Jadik, nak kluar lagi, rasa malas. kami decide makan menu pasar ramadhan udah la. Lagipun, macam2 bleh pilih dan murah2 kat sini.

Pasar Ramadhan Jalan Kuching
 
 

Paling dekat dgn umah aku dan paling meriah adalah Pasar Ramadhan Jalan Kuching. Ada kiran2 lebih 50 gerai la kot. Memang banyak gerai. dari Kuih Muih, sampai la ke gerai Ayam Golek dan Ikan Bakar.

 

Apa yg aku beli, bermula dgn Meehon Sup feveret wife aku, tambah dgn Ayam Percik, dan jugak tambahan Satay Ayam dan Daging. Beli kuih dan sedikit agar2, dan feveret aku adalah kuih di atas. Kuih Puding. Sedap ooo. Jarang nak dapat ni kat KL kalau bukan bulan Ramadhan. Last skali, Air Kelapa. Cukup la tu.

 

Kejap, aku rasa cam silap tgk plak. Betul ker ni? Skali aku tgk, memang betul la. Menu Pizza Hut Pakej pun ader di jual kat Pasar Ramadhan ni. Tapi pakej RM8.00. Mahal ker murah ???

 
 
Pasar Ramadhan Jalan Kuching
 

p/s : kalau dah ke Pasar Ramadhan, semua rasa cam nak makan… kan?

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.