Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur

Masa MrJocko melalui LRT Stesen Taman Melati minggu lepas, ada banyak juga gerai yang menjual menu juadah berbuka di sekitar jalan Taman Melati nak menuju ke Taman Ibukota Kuala Lumpur. So, memandangkan sudah sampai di sana, singgah la kejap untuk beli juadah berbuka puasa.

Walaupun gerai makanan ini tak sebanyak area Jalan Kuching, Param TTDI, Param SPPK, dan sebagainya, pilihan makanan kat sini kira boleh tahan jugak. Ada menu Ikan Pari Bakar, Nasi dan Lauk Campur, Kuih Muih, Popiah, Air Tebu, Roti John dan macam-macam lagi. Rasanya ramai peniaga di sini adalah orang Melayu dengan citarasa kampung yang masih asli.

Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur

Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur

 

Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur

 

Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur

 

Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur

 

Hasil belian hari tu di Pasar Ramadhan Taman Melati Kuala Lumpur untuk berbuka dan lauk menu sahur sekali, boleh tahan. Budget yang MrJocko guna tak lebih dari RM40, masih murah. Dengan harga ini, macam-macam ada dan memenuhi citarasa MrJocko, Wife dan anak-anak.

Jika anda nak cari menu makanan lain untuk berbuka sekitar Taman Melati, ada banyak gerai-gerai yang menjual menu berbuka sekitar Stesen LRT Taman Melati dan juga sepanjang jalan di sini. Ia lokasi yang sangat bersesuaian kerana berdekatan dengan stesen LRT Taman Melati, lokasi orang ramai lalu lalang ketika pulang dari tempat kerja. Boleh pilih mana satu yang anda berkenan untuk juadah berbuka nanti.

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.