Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pasport Vaksin Covid-19 Mungkin Akan DiPerkenalkan Dah Boleh Travel?

Umum mengetahui, hari ini, Malaysia mencipta sejarah baru bila menerima stok Vaksin Pfizer buat pertama kalinya. Stok ini selamat mendarat di lapangan terbang pagi tadi dan sudahpun dihantar ke lokasi penyimpanan. Dalam kenyataan Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan juga ada menyebut, Pasport Vaksin Covid-19 Mungkin Akan DiPerkenalkan sebagai dokumen pengesahan.

Mengikut sumber berita media utama Malaysia, Kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Perkara itu sedang diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Baca : Pandemik Covid-19 Di Malaysia Status Kes baharu di Malaysia Membimbangkan

 


Pasport Vaksin Covid-19 Mungkin Akan DiPerkenalkan – Dr Adham Baba

Pasport Vaksin Mungkin Akan DiPerkenalkan Dr Adham Baba

Pasport Vaksin Mungkin Akan DiPerkenalkan Dr Adham Baba 1
Pasport Vaksin? Sekadar Gambar Hiasan

Menurut Menteri Kesihatan, pihak mereka mencadangkan dua kaedah. Pertama, dengan memaparkan pengesahan (terima suntikan) pada aplikasi MySejahtera.

Kaedah kedua ialah dengan memberikan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain.

Sumber : Berita Harian Vaksin Pfizer BioNTech

Adakah dengan kenyataan ini bermakna, kita rakyat Malaysia yang akan disuntik dengan suntikan Vaksin Covid-19 dari syarikat Pfizer BioNTech ini akan dibenarkan melancong dalam masa yang terdekat? Sekiranya benar, ini dah kira berita baik???

Ramai rakyat Malaysia tak sabar untuk menunggu masa sempadan negara kembali dibuka. Pastinya, sejak setahun yang lepas, hampir semua rakyat Malaysia terperuk di dalam negara sahaja akibat virus Covid-19 yang menular. Sempadan negara telah ditutup untuk mengelakkan wabak ini terus menjangkiti rakyat Malaysia.

Kehadirian Vaksin Covid-19 Coronavirus ini memberi sedikit harapan kepada kita semua, agar ia dapat membendung rakyat Malaysia dari dijangkiti CoronaVirus. Bila semua sudah stabil, pastinya kita akan berpeluang untuk kembali melancong di dalam negara dan di luar negara, InsyaAllah.

Mengikut informasi yang diberi, sudah ada banyak negara sudah memulakan langkah untuk menyediakan pasport vaksin ini supaya pemegang pasport tersebut boleh merentas sempadan.

“Pasport Vaksin (Dokumen) berkenaan, katanya, berupaya menghidupkan kembali sektor penerbangan di Malaysia dan serantau yang sebelum ini terjejas teruk susulan sekatan penerbangan keluar masuk disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Media sebelum ini melaporkan, Immunitee Health Passport dari Malaysia bekerjasama dengan Affinidi yang diasaskan oleh syarikat Temasek, untuk menyediakan pasport kesihatan pertama dan diterima di Singapura menerusi platform digital Unifier Affinidi.” Berita Harian.

Harap-harap ia akan dipercepatkan dan kita semua akan kembali normal dan boleh kembali travel. Yeay!!!

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.