Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Sebelum ni tak ramai yang mungkin sedar, di Krabi juga ada industri pembuatan Batik. Asal-usul batik di sini memang datang dari Malaysia. Namun, bila datang di Krabi, ia disesuaikan dengan budaya di sini. Ini entry tentang Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi yang patut diberikan promosi meluaskan.

Secara umum, industri batik di Krabi sebenarnya boleh diperluaskan lagi, sebab, peluang untuk dipasarkan kepada pelancong asing sangat besar. Kain Batik yang dijadikan basahan mandian pantai antara yang boleh menarik pilihan ramai.

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Kalau di Malaysia, ia dipanggil batik lukis, di Krabi mereka menamakannya sebagai Pateh. Konsep dan cara buat Pateh ni sama sahaja dengan Batik Malaysia. Yang berbeza hanya corak bunga, corak lukisan dan unsur lukisan yang dilakar dikain Pateh Tekstil Krabi.

Perbezaan ketara antara Pateh Tekstil dengan Batik adalah dalam pembuatan corak. Dalam pengeluaran Pateh, blok logam dengan direka bentuk agak rumit digunakan, manakala untuk pola Batik dibuat dengan alat yang disebut ‘canting’ yang mengandungi lilin panas untuk aplikasi pada kain. Kedua-dua tekstil mempunyai corak yang cantik, tetapi kos Pateh lebih murah berbanding Batik.

Lagipun, setakat ini, industri Pateh Tekstil di Krabi dijalankan hanya kecil-kecilan dan lebih kepada industri kampung sahaja. Umpama industri kecil dan sederhana di Krabi. Ini kerana, pendedahan tarikan ini kepada pelancong asing agak terhad dan mungkin ia kurang promosi.

Pateh Tekstil, sebenarnya antara pesona di Pulau Ko Klang, kawasan komuniti masyarakat Ko Klang Krabi yang boleh dikemersilkan lagi.

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi
Nenek Prachim Lekdam
Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi
Cara Lukis Batik

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Baca : MrJocko dan Pengalaman Bercuti di Krabi Thailand

Pateh Tekstil ini dimulakan oleh Nenek Prachim Lekdam. Mengikut sejarah, ia belajar membuat Pateh dan Batik dari nenek moyangnya berasal dari Malaysia. Reka bentuknya untuk Pateh tekstil diilhamkan dari alam semula jadi dan cara hidup sekelilingnya.

Ada pakej untuk pelancong yang datang ke sini. Para pengunjung boleh mencuba sendiri untuk melukis corak batik di kain putih dengan lilin. Kai putih ini, sudah diregangkan di atas bingkai dan corak akan dilukis mengikut bentuk yang berwarna-warni. Selepas pengeringan selama 24 jam, kain dicelup dan kemudian digantung sehingga kering. Selepas itu, ia akan menghasilkan kain Pateh bunga yang cantik.

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Pateh Tekstil Industri Pembuatan Batik Di Krabi

Seharian kalau melawat di Ko Klang Krabi, boleh la singgah untuk mencuba aktiviti melukis batik di kawasan Ko Klang Komuniti ini. Berbaloi untuk terokai aktiviti masyarakat Muslim di Krabi ini.

Nak tahu lebih lagi tentang Ko Klang, boleh baca di sini Ko Klang Wikipedia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.