Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Patin Tempoyak Yang Sedap Di Kuala Lumpur FREE Delivery

Ramai yang duk kata, Patin Tempoyak negeri Pahang hidang menu makanan yang sedap. Ya mungkin betul, tetapi kalau anda di Kuala Lumpur, takkan semata-mata nak makan patin tempoyak, nak kena pergi ke Temerloh atau Jerantut? Ni ada pakej Patin Tempoyak Yang Sedap Di Kuala Lumpur FREE Delivery lagi. Nak tahu? Baca di bawah…

Patin Tempoyak Yang Sedap Di Kuala Lumpur ini anda boleh dapatkan dengan mudah. Tambahan pula, khas untuk menu LUNCHBOX, owner siap bagi servis FREE Delivery lagi untuk kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya dan juga kawasan Cheras. Menu asli Ikan Patin masak tempoyak ini datang dari Jerantut dan memang ia lain dari yang lain.

Baca : Resipi Ikan Singgang Kuala Lumpur

 



 

Food Review Patin Tempoyak Delivery

 

Patin Tempoyak Yang Sedap Di Kuala Lumpur FREE Delivery

 

Unik tentang khidmat dan servis dari The Molaks ini, mereka menyediakan pakej lunchbox mudah makan dengan harga berpatutan kepada penggemar makanan asli Negeri Pahang iaitu Ikan Patin Tempoyak. Lebih unik, mereka sedia menghantar terus tempahan mealbox patin tempoyak ini kepada pelanggan mereka sekitar lokasi yang disebutkan tadi.

Mudah kan? Kalau anda teringin nak makan ikan patin tempoyak, telefon dan tempah saja. InsyaAllah, ia akan sampai ke lokasi anda dengan keadaan panas dan masih berwap. Ini baru betul fresh!!!

 

patin_tempoyak_sedap_di_kuala_lumpur_02 patin_tempoyak_sedap_di_kuala_lumpur_03 patin_tempoyak_sedap_di_kuala_lumpur_04

 

Pertama kali mencuba mealbox pakej lunchbox patin tempoyak The Molaks. Packaging memang win. Kemas dan ia teratur. Tertera di kotak jenama mereka dengan jelas bersama dengan no telefon. Ini baru nampak professional.

Bila dibuka, ia masih panas. Masih lagi suam dan memang punyai bau yang sangat menyelerakan. Pakej ini datang dengan nasi, ikan patin tempoyak, sambal dan juga sayur. Lengkap. Memang berpatutan dengan harga.

Apa yang MrJocko suka tentang patin tempoyak The Molaks ini, rasa kuah yang tidak terlalu kuat. Bau tempoyak sekata dan rasa pedas melekat di lidah. Ya, pedas ini membuatkan rasa patin tempoyak ini TERBAIK!!! Satu lagi, Ikan ini tidak berbau seperti sesetengah ikan patin yang pernah MrJocko makan.
 

patin_tempoyak_sedap_di_kuala_lumpur_05
 

Dua kotak saya dan member cuba, seorang setiap satu, tidak cukup. Patin Tempoyak The Molaks memang sedap. Ini bukan ayat bodek atau  ayat klise, ikhlas dari hati, menu patin tempoyak The Molaks ini patut anda cuba.

Harga set Lunchbox Patin Tempoyak ini ialah RM15 termasuk sebotol Air Mineral. Berbaloi kerana rasa sedap dan free delivery within KL dan kawasan sekitarnya.

Apa lagi, rugi tak cuba. Call sekarang The Molaks +60179132805

patin-tempoyak-the-molaks

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.