Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Phuket Sandbox

Ada kiriman gambar dari rakan-rakan saya di Phuket, rupanya Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Phuket Thailand sejak beberapa hari yang lalu meraikan program Phuket Sandbox Thailand. Ramai yang datang adalah dari pelancong tempatan, namun ada ramai juga adalah bukan warganegara tetapi mereka yang menetap di kawasan sekitar Pulau Phuket ini, termasuk dari Pattaya, Phatthalung dan juga dari Satun.

Beberapa minggu lepas, Lembaga Pelancongan Thailand telah memaklumkan kepada mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan Thailand, menjelaskan bahawa Pulau Phuket, destinasi paling popular di Thailand ini akan dibuka untuk pelancong asing yang divaksinasi bermula dari tarikh 1 Julai 2021.

pelancong patong beach phuket sandbox

Baca : Phuket Akan Buka Sempadan Kepada Pelancong Pada 1 Julai 2021

 


Akan DiBuka Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Phuket Thailand

Pelancong-Di-Patong-Beach-Phuket-Thailand-01-Copy
Phuket Sandbox Program Thai Embassy

Pelancong-Di-Patong-Beach-Phuket-Thailand-02

Phuket-Sandbox-Thailand-Covid-19

Phuket-Sandbox-Thailand-Covid
Patong Beach Phuket Sandbox Thailand

Pelancong-Di-Patong-Beach-Phuket-Thailand-05

Kredit Gambar : Facebook Search Phuket
 

Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Sandbox

Program ini dikenali dengan nama Phuket Sandbox yang mana pelancong tidak perlu melakukan kuarantin jika masuk ke Phuket, tetapi mereka mesti tinggal di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari. Selepas dari tarikh tersebut, mereka akan dibenarkan mengunjungi destinasi lain di seluruh Thailand.

Siapa yang boleh melancong ke Phuket dari luar negara?

1. Pelancong asing yang telah di vaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana
2. Kanak-kanak yang tidak divaksinasi di bawah 6 tahun bepergian dengan ibu bapa yang diberi vaksin
3. Kanak-kanak yang tidak divaksinasi berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun (Ujian Antigen Cepat semasa ketibaan diperlukan)
*** Pelancong dewasa yang tidak divaksinasi akan diminta menjalani kuarantin wajib di mana-mana ALQ Hotels di Phuket selama 14 hari.

Keperluan Phuket SandBox

1. Sijil vaksin / bukti vaksinasi
2. Aplikasi amaran ThailandPlus di telefon bimbit
3. Ujian RT-PCR sebelum ketibaan dan semasa anda tinggal di Phuket
4. Insurans COVID-19
5. Sijil Masuk (COE) yang dikeluarkan oleh Kedutaan / Konsulat Thailand
6. Menginap di SHA + Hotel di Phuket
*** Vaksinasi penuh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum keberangkatan anda ke Thailand dan tidak lebih dari 12 bulan.

Perkara Penting Yang Perlu Diingat

1. Anda mesti menginap di hotel bertauliah SHA + di Phuket sahaja.
2. Anda mesti terbang terus ke Phuket dari luar negara.
3. Sekiranya anda tinggal kurang dari 14 hari di Phuket, anda mesti terbang dari Phuket ke destinasi antarabangsa.
4. Sekiranya anda tinggal selama 14 hari atau lebih di Phuket, anda akan dapat melakukan perjalanan ke mana-mana destinasi domestik di Thailand.
5. Semua maklumat ini mungkin berubah sebaik sahaja senarai negara berisiko rendah dan sederhana yang layak untuk program Phuket SandBox dan senarai hotel terakreditasi akan dikeluarkan pada bulan Jun 2021.

Sumber : Thai Embassy Phuket Sandbox Covid-19 2021

Phuket (yang saya faham bermaksud Bukit), sudah terkenal diseluruh dunia sejak tahun 1970-an lagi. Warga Eropah atau dalam bahasa mudah kita panggil Mat Saleh, antara pengunjung utama di Phuket. Mereka mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di Thailand kerana mempunyai kuasa beli yang besar dan mempu untuk menginap di hotel, rumah sewa atau homestay selama berbulan-bulan hanya untuk bercuti.

Berbeza dengan kita orang Asia, kita sekadar bercuti ke sana hanya sekitar seminggu atau maksima 2 minggu dan kemudian kembali pulang ke negara masing-masing.

Ini mungkin berita baik kepada semua pengembara seluruh dunia. Kita di Malaysia juga mungkin akan teruja dengan pembukaan sempadan Thailand, Phuket Sandbox ini. Namun, sebelum itu, kita kena pastikan bahawa sempadan negara kita juga dibuka untuk membolehkan kita melancong ke Phuket Thailand tahun ini, 2021.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.