Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Paul Walker, Pelakon Fast And Furious Mati Eksiden

Mungkin ramai yang terkejut menerima berita kematian aktor terkenal Paul Walker, bintang filem yang bersinar melalui filem Fast And Furios. Paul Walker di katakan kemalangan kereta apabila keretanya terbabas dan melanggar pokok kemudian terbakar di Santa Clarita, bahagian utara Los Angeles.
Ada berita mengatakan yang pada ketika itu Paul Walker bersama seorang lagi rakannya memandu sebuah kereta Porsche GT hilang kawalan terbabas dan melanggar pokok. Akibat kemalangan itu, kereta Porsche GT tersebut terbakar.

MrJocko mula kenal aktor ini menerusi filem paling terbaik menerusi sequel Fast and Furios 1,2,4,5 dan 6. Dalam filem Fast and Furios pertama, MrJocko sempat jual T-shirt design Fast and Furios. Bukan itu sahaja, terpengaruh dengan kereta dalam filem Fast and Furios, MrJocko sanggup beli sebuah kereta yang sudah di ‘make-up’ dan memang pernah masuk majalah kereta dan magazine lain beberapa kali pada ketika itu.
Mungkin selepas ini dah tak ada sequel filem Fast and Furious. Kalau ada pun, sudah pasti tak akan sama kombinasi lakonan Paul Walker dan Vin Diesel.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.