Payday Si Sarjan Pendek
|Time hujung bulan cam ni, ramai yang senyum,,, pasal, hujung bulan ramai yang dah masuk duit, Gaji,,,Ada yg bayar sekitar 20hb, 25hb, 30hb dan jugak 7hb setiap bulan. Tengok pada syarikat korang bekerja la kot.
Masa aku tontong citer Ali Baba Bujang Lapok, aku tertarik dgn scene bayar gaji, yg mana ketua penyamun, P Ramlee, sedang mengagih2kan bayaran gaji staff2 nya. Masa tu setiap seorang menerima 150 Darham, mungkin senilai RM1,500 pada masa sekarang kot?
Yang menariknya, bila Sarjan, iaitu Ibrahim Pendek cuma menerima gaji yang sedikit sajer gara2 terlebih ambil I.O.U. Dalam makna lain, Si Sarjan ni, Ibrahim Pendek, selalu sangat ambik advance dgn bossnya sehinggakan terpaksa di potong semua hutang2 beliau,sekaligus, pada hari payday. Kesian,,,
Mungkin ni adalah contoh pengurusan harta, sumber kewangan yang kurang cekap. Sebaiknya, gunakan sumber yang ada sebijak mungkin. Guna sumber kewangan yang ada semaksima dan sebaik mungkin. Jangan membazir.
Jika tidak, jadi la seperti Si Sarjan, dapat gaji yang ciput, kerana duit gaji asal sudah kena potong akibat hutang2 yang banyak…
penting manage duit properly sebab bukan duit yang banyak menentukan kebahagian (ada le juga kan?) tapi cara kita urus lebih penting
no money, no talk,,,
folo u.folo me gak ea
Salam…tapi masih ada juga yg hanya terima gaji 28hb bulan berikutnya.. Lg kesian kan???