Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Memperkenalkan Pejabat Baru Blooggers Media Di Ara Damansara

Memperkenalkan Pejabat Baru Blooggers Media Di Ara Damansara. Team Blooggers Media kini dah ada pejabat. Bertempat di lokasi yang agak terkenal kawasan Petaling Jaya, Blooggers Media akan mula beroperasi di pejabat baru bermula Januari 2017. InsyaAllah, ia memberikan lebih keselesaan kepada Team Blooggers Media dan klien kami.

Ruang pejabat baru ini tidak la besar, tapi sesuai untuk team kami seramai 3 orang dan untuk kerja-kerja ‘shooting’ video untuk ‘product review’ nanti. Mungkin kami akan buat in-house studio di dalam pejabat ini sahaja untuk menjimatkan kos.

Baca : Rezeki Kerjasama Kami Blooggers Media

pejabat baru blooggers media

 


Pejabat Baru Blooggers Media Di Ara Damansara

Memperkenalkan Pejabat Baru Blooggers Media Di Ara Damansara

 

Untuk informasi, kawasan Ara Damansara ini dibangunkan oleh pihak syarikat hartanah terkenal di Malaysia, Sime Dardy Property.

Untuk sementara, kami beroperasi 7 hari seminggu. Dengan 3 tenaga kerja, cukup la dulu untuk kembangkan business kami yang sederhana ini. Yang penting, untuk tahun 2017 kami akan memulakan perjalanan kami dengan cabaran baru.

Untuk info, jenama Blooggers Media termasuk The Virel, OhSelebriti, Travelibur, ProjekBlogger, ProjekMakan dan semestinya MrJocko.com.

 

Memperkenalkan Pejabat Baru Blooggers Media Di Ara Damansara Memperkenalkan Pejabat Baru Blooggers Media Di Ara Damansara

 

Pejabat Baru Blooggers Media

Setakat ini, pejabat Blooggers Media lengkap dengan kemudahan AirCond, WiFi, Televisyen dan juga beberapa meja serta carpet. Di tambah dengan karpet baru dalam bilik serta beberapa deko seperti almari dan juga rak. InsyaAllah coming soon akan MrJocko letak TV untuk siaran TV BOX. Boleh layan siaran TV HD seluruh dunia.

Untuk anda blogger yang berkelapangan, anda dijemput untuk singgah di pejabat MrJocko anytime dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kalau nak datang, bagitahu dulu yer.

InsyaAllah, Blooggers Media akan berkongsi rezeki dengan anda semua, Rakan blogger Malaysia dan juga Influencer Malaysia, kami sama-sama akan berganding bahu untuk projek yan gakan datang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.