Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

Sabah memang mempunyai banyak persisir laut dan pulau yang cantik dan menarik. Antara lokasi pilihan MrJocko ialah Semporna, Sabah. Pekan Semporna yang unik dimana sebuah pekan yang berada di persisir laut dan terkenal di kalangan masyarakat di sekitar Semporna dan Pulau Bum Bum. 

Pekan Semporna satu-satunya pekan yang terbesar selain pekan Lahad Datu dan Tawau yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Semporna.

Dragon Inn Floating Chalet Semporna

 

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut
Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

 

Pekan Semporna ni tak la padat sangat. Kalau lihat kereta memang tak banyak di jalan raya, kerata kebanyakkan masyarakat kat sini ramai yang menggunakan bot atau sampan sebagai pengangkutan alternatif. Ramai masyarakat di Semporna tinggal di rumah atas air dan yang paling terkenal di sekitar Pualau Bum Bum, Semporna.

 

 

 

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

 

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

 

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

Kalau anda ke Semporna, anda boleh menikmati pemandangan laut, pantai dan juga hidupan laut yang menarik. Makanan laut di Semporna memang murah berbanding di Kuala Lumpur. Paling bagus, ia lebih segar kerana ia ‘fresh’ dari laut.

Kalau dah sampai Semporna, tak sah kalau tak pusing melihat keindahan pulau-pulau sekitar Semporna. Antara yang terkenal ialah Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan banyak lagi. Ini semua pulau yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia untuk aktiviti laut seperti snorkeling dan juga diving (menyelam).

 

 

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

 

Untuk anda yang merancang untuk melancong ke Semporna, ada banyak pilihan hotel samada hotel bajet atau pun hotel yang mempunyai 3 bintang. Pilih sahaja bajet mana yang anda perlukan, sudah pasti anda akan berpuas hati.

Harga sewa bilik dan inapan di Semporna masih lagi berpatutan dan ia memang menawarkan pelbagai pakej lain selain dari pakej menginap. Anda boleh memilih untuk Island Hoping, Memancing atau Tour Ground Arrangement kerana di Semporna juga ada banyak lokasi Hutan Simpan yang boleh anda terokai.

Pergilah melancong ke Semporna, anda pasti akan teruja dengan apa yang ada di Semporna.

 

 

 

Pekan Semporna Sabah, Pekan Persisir Laut

p/s : Semalam ada berita mengatakan kawasan persisir laut di Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan juga Tawau diistiharkan Perintah Berkurung kerana ada situasi yang merbahaya di sekitar perairan tersebut. Nampaknya, aktiviti pelancongan di perairan Sabah akan tergendala dan mengalami kemerosotan tahun ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.