Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pekena Nasi Kari Ganja Bangsar Lucky Garden

Kali pertama MrJocko diperkenalkan dengan nasi Kari Ganja oleh seorang rakan di Public Mutual. Lepas Solat Jumaat, kami ke sana untuk beratur menikmati Nasi Kari Ganja Bangsar bulan Jun lepas. Memang sedap Nasi Kari Ganja Bangsar Lucky Garden.

Semalam, MrJocko singgah sekali lagi untuk pekena nasi kari ayam ganja sekali lagi. Kebetulan lalu area sana selepas selesai urusan dengan klien. Walaupun seorang diri, pergi jer la. Rasa gian pulak nak makan nasi kari ganja Bangsar.

Nasi Kari Ganja Bangsar

Lokasi kedai nasi kari ganja Bangsar ini mudah sahaja kalau nak cari. Cari Giant Lama di Bangsar Garden, (kini Supermarket TMC) dan kedai nasi kari ganja ni berada di belakang pasaraya TMC. Bila ampai sana, InsyaAllah anda boleh kenal kerana nampak dari jauh sememangnya setiap masa pelanggan beratur untuk menikmati Nasi Kari Ganja Pokok Ketapang Bangsar.

Selalu menu yang ada kat sini ialah, Ayam Goreng, Sotong Goreng, Ikan Goreng dang semestinya Kari Kepala Ikan. Sekali tengok, menu yang disediakan semuanya ada kari dan dari rempah yang sama. Bezanya cuma lauk yang disediakan.

Berdasarkan pengalaman MrJocko, sudah dua kali MrJocko ambil menu lauk Ayam Goreng dan Sotong Goreng cuma RM8.00 sahaja. Kalau restoran atau gerai makanan lain, sotong seekor pun sudah berharga RM5 paling murah. Inikan pula ada sotong dan ayam goreng, mesti lebih dari RM10. Tapi di sini, makanannya murah dan memang sedap.

Kari Kepala Ikan Pokok Ketapang

Nasi Kari Ganja Bangsar

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.