Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelaburan Emas Adalah Yang Terbaik?

Sejak dua menjak ni ramai yang berminat nak melabur dalam pelaburan emas. Ramai yang mencari produk emas mana yang terbaik untuk melabur. Produk P****c Gold kah? N***x Gold kah? atau melabur dalam emas di Bank-bank.

Sebelum kita melabur, boleh kita tengok sedikit apakah antara 10 Fakta Menarik Tentang Emas


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

Pergerakkan Emas sejak 2001 sehingga 2011
Ini adalah pergerakkan harga emas berbanding USD dan secara logik kita melihat harga memang menaik sejak 2001. Nampak memang bagus kan. Saper yang tak mau untung dalam melabur.




Ini adalah pandangan saya dan saya minta kalau sesiapa yang ada ilmu lebih sila betulkan saya dan share maklumat sebenar. Saya pernah membeli emas dan bermula sejak tahun 2004. Masa tu seingat saya harga cuma sekitar RM68 segram. Sekarang last sekali saya beli bulan Disember 2011 dengan harga RM180 segram. jauh beza. Itu emas barang kemas. Apa pula harga emas jongkong, emas ketulan bar, dinar emas dan emas online???
Tetapi mengambil contoh harga yang dikeluarkan oleh salah satu website jualan emas ini. Jika saya membeli emas pada tarikh 13 Jun 2012, harga yang saya kena bayar untuk 100 gram emas 999 adalah RM14,269.00 (Harga Jual). Dan Ketulan emas bar atau jongkong itu saya simpan selama hampir 2 tahun. Pada tarikh 21 Feb 2012, iaitu selepas 1 tahun dan 8 bulan, saya telah decide nak jual  simpanan emas saya. Maka saya ke syarikat tersebut dan menjual emas saya seberat 100 gram dengan harga 18,014,00 (Harga beli). Jadi di sini saya sudah untung RM3,745 selama saya simpan atau sebanyak 26% selama 1 tahun 8 bulan, atau purata 1.3% setiap bulan. Bagus kan???

Untuk memperbanyakkan pelaburan dan simpanan asset, emas antara pelaburan yang bagus. Cuma kalau saya, saya prefer simpan Barang Kemas berbanding Ketulan Bar Emas. Kerana bila beli barang kemas, wife dan anak-anak boleh pakai. Extra kegunaan.

Kesimpulan Pandangan Peribadi Saya

1. Emas adalah salah satu pelaburan yang boleh membantu kita mengatasi Inflasi.
2. Emas boleh dijadikan sebagai Asset Allocation untuk pelbagaikan pelaburan sahaja. Rasanya tidak perlu menyimpan terlalu banyak emas.
3. Kelemahan utama pelaburan emas ialah, pelabur atau penyimpan tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan keuntungan Distribution (Shariah) atau Dividend (Conventional).
4. Keuntungan pelaburan emas adalah semata-mata dengan kenaikkan harga sahaja

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.