Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran ABSTRAX Vortex State Jersey Koleksi Terbaru

ABSTRAX, produk yang sebenarnya punyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Kini mereka tampil dengan koleksi terbaru ABSTRAX. MrJocko bersama-sama rakan media dan blogger turut bersama-sama dalam Majlis Pelancaran ABSTRAX Vortex State Jersey yang menampilkan 2 koleksi terbaru ABSTRAX Vortex. ABSTRAX kali ini memperkenalkan jersey Harimau Selatan ‘Johor’  dan juga jersye Red Giants ‘Selangor’.

Pelancaran ABSTRAX Vortex State Jersey Koleksi Terbaru ini diadakan di headquarters baru ABSTRAX di Alam Avenue 2, Shah Alam.

ABSTRAX Vortex State Jersey

ABSTRAX Vortex State Jersey

 

 

Berikutan kejayaan besar permulaan produk mereka yang diberi jolokan #MASterpiece series, kini ABSTRAX kembali dengan siri produk terbaru yang diberi jolokan Vortex #NeverAfraid. Koleksi terbaru ini menampilkan dua Jersi Negeri permulaan iaitu Selangor dan Johor. Pemilihan kedua-dua ini adalah berdasarkan kepada populariti keduanya dan potensi untuk market jualan yang lebih besar.

Selangor dipilih kerana ia merupakan Hometown bagi ABSTRAX dan Johor kerana ia bermula dengan kod 01. InsyaAllah, lepas ini MrJocko difahamkan akan ada koleksi untuk negeri lain yang akan menyusul.

“Vortex direka oleh idea anak tempatan yang mempunyai ciri-ciri Malaysia. di Samping itu, kualiti produk jersi ini dipertingkatkan dari segi material yang lebih baik.” ujar Dr Faiz Izwan Anuar, CEO ABSTRAX.

 

ABSTRAX Vortex State Jersey ABSTRAX Vortex State Jersey ABSTRAX Vortex State Jersey ABSTRAX Vortex State Jersey

 

MrJocko sendiri sudah mencuba kesemua rekaan dan material yang ada di ABSTRAX Shah Alam ini. Tidak keterlaluan jika MrJocko kata, ia memang TERBAIK. Bukan hanya kualiti kain yang selesa di pakai, tapi ia punya rekaan jersi dan corak yang sangat menarik dan unik.

MrJocko mencuba ABSTRAX vs MAS #MASterpiece Virus dan juga ABSTRAX Vortex State Jersey Selangor dan Johor. Memang ada gaya, selesa, rekaan warna yang sepadan serta selesa bila di pakai.

Berkenaan dengan hashtag #NeverAfraid, Dr Faiz menegaskan ia adalah satu usaha ABSTRAX dalam menyemarakkan lagi semangat Malaysia supaya tidak gentar. Dengan koleksi ABSTRAX Vortex ini, pemakai akan sentiasa berasa bangga dengan Malaysia.

 

Abstrax Jingga Jersey Abstrax Jingga Jersey

ABSTRAX Vortex State Jersey Harimau Selatan ‘Johor’

Abstrax Jingga Jersey

ABSTRAX Vortex State Jersey Red Giants ‘Selangor’

Koleksi Jersi terbaru ABSTRAX Vortex ini boleh didapati di ABSTRAX Shah Alam dan ABSTRAX Concept Store Bangsar atau secara Online. Harga ABSTRAX Vortex ini dijual dengan RM90 (short sleeve) dan RM100 (long sleeve). Pelanggan juga boleh menempah nama khas dengan harga tambahan dari RM25.

Untuk anda yang berada di luar Shah Alam, Kuala Lumpur atau Selangor, boleh tempah koleksi baju dan jersey ABSTRAX di laman web ONLINE mereka di sini —> ABSTRAXJINGGA atau layari Facebook Fanpage ABSTRAX JINGGA

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.