Site icon Travel Blogger Malaysia

Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX Murah Tapi Hebat

alcatel-onetouch-idol-x-screen

Setelah dilancarkan di Hong Kong pada 12 Ogos 2013, Alcatel, sebuah jenama telekomunikasi terkemuka kini melancarkan produk terbaru mereka yang diberi nama Alcatel OneTouch IdolX. Produk terkini ini sudah memasuki pasaran Malaysia dan kini sedang hangat diperkatakan.  Hari ini ada majlis Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX yang murah tapi hebat.

Baca : Laman Web Alcatel One Touch

MrJocko berkesempatan untuk menyaksikan majlis pelancaran produk Alcatel OneTouch IdolX di Tropicana City petang tadi. Ia agak mengujakan kerana telefon ini punyai kelebihan tersendiri dengan tawaran harga mampu milik.

Tempah Telefon Alcatel One Touch di Lazada Malaysia

Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX Murah Tapi Hebat

Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX

Majlis pelancaran Alcatel OneTouch IdolX ini dihadiri oleh ramai wakil media yang turut sama untuk melihat dengan lebih dekat kehebatan gadget terbaru dari Alcatel OneTouch IdolX. Bayangkan anda boleh memiliki Smartphone yang mempunyai ciri-ciri high-end dengan harga sekitar RM1,000 sahaja. Bukan kah ia berbaloi?

Dari segi rekabentuk Alcatel OneTouch IdolX ini sudah jauh beza dari model Alcatel sebelum ini. Ia memang rekaan model, terkini dan semestinya memenuhi citarasa pengguna-pengguna smartphone. Di datangkan dalam 3 warna iaitu Slate, Red dan Yellow. Walau bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia cuma dipasarkan warna Slate dan Merah.
 

 

 

Kalau nak dibandingkan dengan harga sekitar RM1,000, spesifikasi Alcatel OneTouch IdolX ini memang antara specs terbaik. Kenapa? Kerana Alcatel OneTouch IdolX ini mempunyai ciri-ciri hebat seperti Skrin bersaiz 5 inci FULL HD 1080p mempunyai display edge-to-edge, ketebalan cuma 6.9mm dengan kamera 13.1 megapixel. Walau Alcatel OneTouch IdolX ini cuma berharga sekitar RM1,000 tetapi ia mempunyai Processor Quad Core 1.5 GHz CPU dan dengan kelajuan Dual Carrier 42 Mbps. Ini antara spesifikasi asas yang perlu anda tahu dan ia memang terbaik setakat ini dalam range harga RM1,000.
 

Semestinya MrJocko sangat mengesyorkan anda untuk membeli smartphone Alcatel OneTouch IdolX ini sekiranya anda bercadang untuk membeli smartphone baru. Mungkin anda risau dengan jenama Alcatel dan bimbang dengan nilai selepas guna, tetapi percaya la bro, kalau dengan spesifikasi seperti yang ada di Alcatel OneTouch IdolX ini, ia mungkin bernilai lebih RM2,000 kalau ia berada dibawah jenama telekomunikasi terkenal yang lain.

Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX

Oh ya, kalau anda berminat, jangan tunggu, dapatkan Alcatel OneTouch IdolX ini dengan harga hebat, harga promosi hanya di LAZADA MALAYSIA dan anda cuma bayar RM999 sahaja. Cepat sementara stok masih ada. 🙂

Exit mobile version