Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World Di Setia Ecohill

Sempena dengan sambutan ulang tahun Angry Birds ke-10, Rovio Entertainment telah bekerjasama dengan penganjur di Malaysia, syarikat One Universal Production Sdn Bhd (OUP) untuk membawa kita semua ke satu pengembaraan yang penuh keseronokan melalui Pelancaran Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill yang pertama di dunia.

Pengumuman itu dibuat pada majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua syarikat hari ini. Perjanjian ini akan membawakan Taman Tema Air Angry Birds ke Setia Eco Hill.

Baca : MrJocko dan Pengalaman ke Taman Tema

Konsep Taman Tema Air Angry Birds yang menarik ini merupakan inisiatif yang baik dan tepat pada masanya bagi Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020. Angry Birds Splash Water World akan berada di SP Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba.

Pelancaran Angry Birds Splash Water World

Angry Birds Splash Water World copy

Angry Birds bermula sebagai sebuah permainan mudah alih yang popular seluruh dunia. Sejak itu berkembang dari aplikasi permainan ke pelbagai skop hiburan dan pelbagai produk penggunaan di bawah kelulusan perlesenan jenama. Berikutan daripada sambutan mengalakkan terhadap filem Angry Birds Movie 2 baru-baru ini, Angry Birds Splash Water World diakatakan akan menjadi satu aktiviti yang bakal mendapat sambutan hebat selama dua bulan di Setia Eco Hill.

Watak-watak utama yang menjadi kegilaan kanak kanak termasuk Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty, dan tentu saja, Hatchlings akan berada di Angry Birds Splash Water World. Watak-watak ini akan bersama-sama dengan berpuluh-puluh elemen Angry Birds yang lain.

Angry Birds Splash Water World 1
Taman Rema Air Angry Birds Splash Setia Ecohill

Taman Tema Air Angry Birds Splash akan beroperasi pada tarikh tertentu selama dua bulan di Setia Ecohill, bermula dari tarikh 22 November 2019 sehingga 5 Januari 2020. Ingat, hanya 2,000 tiket sahaja akan dijual untuk pengunjung pada setiap hari. Ini bertujuan untuk memastikan operasi berjalan lancar dan pihak penganjur mampu untuk memberikan pengalaman yang hebat untuk semua pengunjung.

Antara yang menarik di Taman Tema Air ini adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan Red, Chuck, Bom, Mighty Eagle dan Terence. Antara gelongsor yang tertinggi adalah gelongsor berketinggian 12-meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung. Terdapat juga perarakan watak-watak utama Angry Birds, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari untuk menghiburkan orang ramai.

Angry Birds Splash Water World Setia Eco Hill 06

Angry Birds Splash Water World Setia Eco Hill Merchandise
Angry Birds Splash Merchandise

Kedai Cenderahati jenama produk Angry Birds juga akan turut menjual pelbagai jenis barangan eksklusif jenama Angry Birds Original dengan harga yang berpatutan. Di outlet ini, para pengunjung boleh membeli hadiah dan barangan kenangan ketika bercuti dan beriadah di Angry Birds Splash Setia Eco Hill.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan mengenai pembelian tiket taman tema air Angry Birds Splash ini, sila kunjungi ke laman web https://www.ticket2u.com.my/event/15739 atau mengimbas kod QR di bawah.

QR Code Ticket Angry Birds Splash
QR Code Ticket Angry Birds Splash
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.