Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran Aplikasi Resorts World Genting Untuk iOS dan Android

Tanggal 17 Januari 2013, Resorts World Genting, jenama perhotelan yan terkenal di Malaysia, melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Aplikasi Mudah Alih Genting atau Genting Mobile Apps untuk telefon pintar. Alhamdulillah, MrJocko dijemput untuk sama-sama menyaksikan majlis pelancarang ini, seperti yang di tulis dalam entry SEBELUM INI.
Pelancaran ini bersempena dengan kejayaan membanggakan Aplikasi Resorts World Genting dalam talian mudah alih selepas kejayaan muat turun lebih dari 100,000 kali dalam masa kurang satu tahun. Ia sesuatu yang membanggakan dan menjadi aplikasi seumpamanya terbaik di Malaysia dan Singapura dalam kategori Travel Apps dan dalam senarai 10 Terbaik Travel Apps bagi pengguna Android.

Majlis perasmian pelancaran yang santai tetapi penuh meriah di lakukan sendiri oleh orang kuat Resorts World Genting iaitu Naib Presiden Eksekutif, Dato Kevin Sim bersama dengan Naib Presiden Kanan E-Perkhidmatan, Mr Thomas Ng dan Naib Presiden Pemasaran, Mr Chow Wei Heng.
Menurut Dato Kevin Sim, Resorts World Genting di lawati lebih 20 juta pelancong setiap tahun dan 3 juta daripada mereka merupakan ahli WorldCard. Dengan kemudahan aplikasi Resorts World Genting ini menggunakan perisian iOS dan Android, ia akan memberikan banyak faedah dan maklumat terkini kepada pelanggan Resorts World Genting.
Kami, wakil media dan juga bloggers dari Malaysia, Thailand serta Singapura diberi peluang untuk mencuba aplikasi terbaru ini yang sememangnya user friendly dan bermaklumat.

Dengan menggunakan aplikasi Resorts World Genting ini, pengguna dapat menempah bilik dengan mudah, merancang percutian mereka di rangkaian Resorts World Genting di seluruh Malaysia dan Singapura serta mendapatkan maklumat terkini berkenaan promosi dan aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang tahun di rangkaian hotel kendalian Resorts World Genting.
Bagi pengguna atau ahli WorldCard, mereka boleh menyemak mata terkumpul, membuat transaksi berkaitan serta banyak kemudahan lain yang sememangnya memudahkan mereka untuk bercuti di Resorts World Genting.

Bagi yang belum pernah mencuba aplikasi Resorts World Genting ini, apa kata cuba ikut cara download dan guna aplikasi Resorts World Genting secara ringkas di Aplikasi Resorts World Genting
Resorts World Genting sememangnya nama yang hebat, namun begitu, nampaknya pihak pengurusan RWG ini tidak memandang rendah tentang pentingnya pengiklanan yang berkesan. Ini kerana walaupun dari segi jenama, RWG sudah lama berada di pasaran Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia serta Filipina, tetapi mereka masih terus memberikan strategi pemasaran dan pengiklanan yang berkesan supaya pengguna dan pelanggan RWG boleh menikmati Keriangan ketika bersama di Resorts World Genting.
Syabas buat Resorts World Genting dengan pelancaran aplikasi mudah alih ini. Ternyata dengan adanya aplikasi ini, ia akan mendekatkan lagi pelanggan yang sedia serta membuka mata pelanggan baru yang akan menjadi tetapi di Resorts World Genting.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.