Pelancaran dan Press Conference DiGi Wwwow Awards 2012
|
Sekali lagi aku di jemput untuk datang ke event Nuffnang. Beza kali ni, pihak Nuffnang pun ajak, pihak Digi pun jemput juga, so, aku pergi kira tetamu wakil untuk Nuffnang dan Digi sekali gus.
Memandangkan event kali ni di buat juga di D’House, Digi Telecommunication di Shah Alam, tempat sebelum ni aku dah pernah pegi, maka mudah la aku nak ke sana. tak perlu cari Google Maps lagi.
Aku sampai ngam-ngam jam 10.30 pagi setelah meredah Plus Highway dan selamat sampai ke sana. Semestinya di sambut oleh penyambut tetamu yang comel-comel ini, membuatkan event tu sudah nampak best :). Selepas di sapa Shah, orang kuat Nuffnang, aku breakfast dulu. Menu pagi, Nasi Lemak dan Meehun Goreng. Sedap.
Sesudah makan, sebelum acara bermula, boleh la pusing-pusing tengok apa yang ada, Buat networking dan juga try gadget yang ada. Galaxy Tab, Galaxy Note antara gadget fevourite aku semestinya. Apatah lagi bila tengok hasil Galaxy Tab yang dipadankan dengan TV LCD,,, marvelousss,,,
![]() |
superb combination untuk yang minat Android |
Paling best juga bila dok godek Galaxy Note dan Nexus sambil mencuba aplikasi dalam Android. Bila la aku nak dapat sebijik Nexus ni.
Bila event start, kami di perkenalkan dengan orang-orang kuat Digi Wwwow Awards 2012 dan juga penaja-penaja untuk DiGi Wwwow Awards tahun 2012. Antara penaja-penaja termasuk Digi, Nuffnang, Samsung, Astro, AirAsiaX, Lowyat dan ramai lagi.
Paling best bila dapat tahu hadiah tahun ini meningkat dan keseluruhan hadiah bernilai RM200,000. Wwwow!!! Ada percutian yang menarik menanti pemenang… Menarik dowhhh!!! Apa lagi, jom sertai sekarang. Hantarkan penyertaan anda di Wwwow.my sekaranggg
![]() |
ada Aizat |
![]() |
ada Wawa Semputtt |
![]() |
Adnan Sempit pun ada… |
Selesai majlis Press Conference tu, kami makan. Yeay!!! yang ni pun best juga. Menu feveret aku, Nandos, The Peri Peri Chicken.
Tengok la apa yang aku ambik,,, Ayam Peri Peri dari Nandos ni memang terbaik la. Kena pulak dengan Sos Peri Peri yang lazat,,, jagung yang enaks,,, ermmm melelehs tak hingatsss… slurpppsss,,, Yum Yum,,,
Selepas kenyang, kami ada 3 lagi workshop untuk di hadiri. Mula dengan geng-geng TwitterJaya, Parody session. Kalau tak kenal TwitterJaya, korang bukak YouTube, dan cari video tittle ” Lembu Nak Jaga “, itu la hasil kerja mereka. Lebih 1 juta views setakat ini di YouTube, hebatkan?
Kami pun disuruh cuba buat Parody,,, hahaha,,, gilo kami syiok sendiri,,,
Then, ada sharing dari JinnyBoyTV. Orang kuatnya Jin dan juga Reuben. Nak tau pasal JinnyBoyTv, boleh ke YouTube jugak. Banyak clips lawak dari mereka. Aku terguling-guling tengok lawak Abuden dan MyGenerasi.
Last sekali, penutup oleh Ms Maria Elena ni. Kiut orangnya, tetapi sangat gila-gila. Lagi gila-gila dari Apek, Nabil dan mereka-mereka yang gila. Maria ni penulis blog Peliks.blogspot. Kalau nak tengok tutorial pakai tudung pun, boleh cari Video Blog Maria Elena ni… cool…
Kami wrapped kul 4.30 petang. Fuh!!! Lama sungguh. Apa pun event best. Banyak aku dapat info. kenal geng-geng baru, Carlos Nizam, Marriah, Uzair adik si Zaid tu dan semestinya speaker jemputan yang sememangnya sebelum ni aku tak kenal,,,
Thanks Nuffnanf, thanks Digi pasal jemput MrJocko ke pelanncaran DiGi WWWow Awards 2012. Aku pasti submit entry aku, walaupun rasa cam tak leh nak menang jer… Hihihi….
MrJocko.com
2 Comments
whoaaa…. dah jadi DUTA DIGI yekkk skang …setiap event DIGI mesti bro ade kannn….
kalau la aku dapat jadi DUTA cam Zaid,,, hahaha