Pelancaran Produk Baru Celcom First Di Zoo Negara
|
Hari Rabu lepas, MrJocko dapat invitation dari member baik MrJocko, seorang blogger terkenal Puan Maya untuk sertai beliau dalam satu majlis pelancaran produk baru dari Celcom di Zoo Negara. Kenapa buat di Zoo Negara??? Ada sebabnya,,,
Majlis bermula seawal jam 2.00 petang dan kami pihak media mendaftar di pintu masuk Zoo Negara dan kemudian di bawa oleh pihak Celcom untuk ke The Wild, tempat pelancaran produk baru tersebut. Hujan renyai mengiringi kami semua dan kami betul-betul terasa betul-betul dalam majlis yang sangat berbeza dari sebelumnya. Kenapa tidak, kerana kami sekarang di Zoo Negara.
Ini lah dia produk terbaru dari Celcom, ia di kenali sebagai Celcom First, satu pakej ‘Voice Plans’ yang terkini dan pertama di Malaysia yang memberikan banyak kelebihan kepada pengguna dan pelanggan Celcom.
Majlis pelancaran Celcom First ini di hadiri sendiri oleh CEO Celcom Dato’ Sri Shazalli Ramly yang sememangnya sangat sporting, ambitious dan yakin dengan produk terbaru Celcom First ini. Dengan bertemakan seekor Gajah, Celcom First ini memberikan gambaran bahawa produk dan servis terbaru dari Celcom ini sangat kuat dan mampu berdaya saing lebih dari pesaing-pesaing yang lain.
Saksikan sendiri Iklan Celcom First ini di SINI dan anda nilai sendiri.
Kenapa pelancaran Celcom First di buat di Zoo Negara, kerana dengan rasminya Celcom sendiri mengumumkan sudah menaja seekor Gajah di Zoo Negara ini yang bernama Teriang ( berasal dari Triang, Pahang) berumur 32 tahun dan menjadi daya tarikan di Zoo Negara.
Setiap RM0.10 dari pendaftaran pelanggan baru untuk pakej plan Celcom First ini, pihak Celcom akan menyumbangkan ke dalam dana untuk kos penjagaan dan makanan Teriang di Zoo Negara. Ia sebagai salah satu usaha Celcom untuk mengingatkan masyarakat berkenaan dengan kesedaran umum tentang hidupan liar ini.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan pelan terbaik dari Celcom First ini boleh lihat info di sini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Celcom.
MrJocko.com
4 Comments
UNTUNG laaa… dapat masuk ZOO NEGARA free kan….
Hahahahaha,,,
copy gambar ye… ada backlink.