Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 Visit Pahang
|Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan budaya Pahang di Grand Ballroom Seri Pacific, Kuala Lumpur. Lebih meriah dan bermakna kerana majlis ini disempurnakan sendiri oleh oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’inBillah.
Baca : Tempat Tempat Menarik Di Pahang Darul Makmur
Visit Pahang Malaysia 2017 akan menemui semua pelancong pada tahun hadapan dengan pelbagai promosi, aktiviti, jadual aturcara pelancongan yang sudah disusun sebaiknya untuk menyambut jutaan pelancong dalam dan luar Malaysia ke negeri Pahang.
Antara penggerak utama Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 ialah Tourism Pahang.
Persembahan Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017
Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 ini sekali lagi membawakan maskot mereka Mat Jumbo (Gajah) dan juga mengekalkan Logo Rasmi mereka Hogoh Pahang.
Ramai yang tahu Pahang memang terkenal dengan keindahan tanah tingginya termasuk Genting Highland, Cameron Highland dan juga Bukit Tinggi. Tidak kurang juga kecantikkan pantai seperti Teluk Cempedak dan juga indahnya Pulau Tioman. Selain itu, Taman Negara Pahang sendiri menawarkan pelbagai tarikan alam semulajadi yang tidak ada di mana-mana negara yang seunik di Taman Negara Pahang. Tidak lupa, gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan antara tarikan pendaki seluruh dunia.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’inBillah
Laman Web Rasmi Tahun Melawat Pahang 2019
Antara aktiviti sempena dengan promosi Tahun Melawat Pahang 2017 ialah Mad Warrior, aktiviti lasak di Sungai Lembing, Tioman Surfestival di Pulau Tioman, Balok Wind Challenge, Fraser Hill’s International Bird Race, Taman Negara Bird Count, Bubble Camp, Karnival Masakan Lipis, Cherating Sandcastle & Beach Festival, Moh Ngemping, Annual Kuantan Half Marathon, Bazaar Ramadhan dan banyak lagi menanti anda.
Visit Pahang 2017 semestinya akan memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Pahang. Lokasi-lokasi menarik di Pahang akan menjadi tumpuan ramai dan sudah pasti ia akan memberi faedah kepada rakyat Pahang secara khususnya.
Jom kita melancong ke Pahang. Teringin nak singgah sekali lagi di Teluk Cempedak, Taman Negara dan menikmati kesejukkan di Genting Highland.
Banyak lagi yang menarik di Pahang, boleh anda dapatkan info di laman web rasmi mereka :