Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran Rasmi Smartphone RealMe X2 Pro Malaysia

Ketika mula-mula dapat pegang smartphone realme 3 bulan Mac 2019, ia sudah memberikan cabaran kepada jenama smartphone lain. Kini, Pelancaran Rasmi Smartphone RealMe X2 Pro Malaysia membuktikan jenama RealMe Malaysia semakin mendapat tempat di kalangan pengguna telefon di Malaysia. Sebab, spesifikasi RealMe dengan 12GM RAM antara tarikan utama dan menjadi Flagship menewaskan jenama lain.

Mungkin ramai yang masih belum sedar bahawa jenama RealMe Malaysia ini turut menyediakan pelbagai range smartphone yang ‘power’ dengan pilihan harga yang jauh lebih murah dari jenama lain seperti iPhone, Samsung dan juga Huawei.

Baca : MrJocko dan Pelancaran Smartphone RealMe 3 Malaysia

pelancaran realme x2 pro

 


Pelancaran Rasmi Smartphone RealMe X2 Pro Malaysia

Pelancaran-Rasmi-Smartphone-Realme-X2-Pro-Malaysia-01

Pelancaran-Rasmi-Smartphone-Realme-X2-Pro-Malaysia-02
 

Antara spesifikasi ringkas untuk telefon pintar RealMe X2 Pro ini ialah menggunakan Super AMOLED touchscreen, saiz skrin 6.5 inches, OS Android 9.0 (Pie), CPU Octa-core (1×2.96 GHz Kryo 485 & 3×2.42 GHz Kryo 485 & 4×1.8 GHz Kryo 485), Chipset Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+ dengan pilihan simpanan storan 12GB RAM 256GB ROM.

Kamera utama RealMe X2 Pro dengan menggunakan kamera Quad sebesar 64MP, f/1.8, 26mm lebar. Manakala kamera selfie pula menggunakan kamera single 16MP dengan kelebaran 25mm. Rakaman video dengan kualiti saiz 1080p@30fps, gyro-EIS.
 

Pelancaran-Rasmi-Smartphone-Realme-X2-Pro-Malaysia-03
Perbandingan RealMe X2 Pro dengan smartphone lain

Pelancaran-Rasmi-Smartphone-Realme-X2-Pro-Malaysia-04

harga-RealMe-X2-Pro-Malaysia
Harga RealMe X2 Pro Malaysia RM2399

Pelancaran-Rasmi-Smartphone-Realme-X2-Pro-Malaysia-06

RealMe X2 Pro Red Limited Edition
RealMe X2 Pro Red Limited Edition

Baca : MrJocko dan Gadget Review Malaysia
 

Secara peribadi, sebagai pengguna yang kini sudah mula kenal Mobile Game seperti PUBG dan Call Of Duty Mobile, peranti telefon pintar seperti ni memang berbaloi untuk anda beli.

Memandangkan banyak mobile game sekarang sudah mempunyai evolusi paparan video grafik yang sangat jelas dengan kelajuan processor telefon pintar yang mencukupi akan membuatkan anda selesa dan syiok dengan permainan yang sedang anda main. Percayalah, kalau masa tengah main, tiba-tiba hang atau gambar kurang jelas, ia akan membuatkan kita cepat tension.

Untuk RealMe X2 Pro di Malaysia, ia akan mula dijual bermula dengan Chup Dulu Lazada pada 12.00am 5 Disember 2019. Kemudian ia akan mengadakan jualan istimewa Offline pada tengah malam, 7 Disember 2019 jam 12.00am di DirectD Gadget Mega Store Petaling Jaya dan kemudian baru akan dijual secara online pada 12 Disember 2019 jam 12.00am di laman web http://bit.ly/lzdx2propr
 

Saya bukan blogger Tech untuk menceritakan tentang spesifikasi realme X2 Pro Malaysia. Tetapi, rata-rata Blogger Tech Malaysia yang saya jumpa, mereka memang sabgat teruja dengan spesifikasi terbaru, yang ada dalam telefon pintar RealMe X2 Pro ini.

Anda boleh menilai sendiri apa yang ditawarkan dalam RealMe X2 pro ini berbanding smartphone premium yang lain. Apa lagi? Beli la…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.