Pelancaran Samsung Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear Malaysia
|Penantian ramai peminat gadget berjenama Samsung nampaknya akan berakhir pada hujung minggu ini. Di khabarkan gadget smartphone Samsung Galaxy Note 3 dan jam tangan Galaxy Gear akan dilancarkan secara rasminya di Sunway pada Jumaat, 20 September 2013 nanti. Pelancaran Samsung Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear Malaysia.
Baru saja MrJocko membuat review selama seminggu untuk gadget Samsung Galaxy Note II, kini Galaxy Note 3 sudah sampai ke Malaysia.
Maklumat awal memberitahu yang harga Samsung Galaxy Note 3 ini akan dijual di Malaysia pada harga RM2,399 dan harga Samsung Galaxy Gear dijual dengan harga RM999. Apa lagi kawan-kawan, dah boleh start kumpul duit atau sediakan kredit kad anda untuk gadget yang ditunggu-tunggu tahun 2013 ini.
Anda boleh lihat specs Samsung Galaxy Note 3 dan specs Galaxy Gear ini di laman web Samsung Malaysia dan sudah pasti anda akan teruja dengan kehadiran gadget Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear di Malaysia.
InsyaAllah, kalau ada rezeki MrJocko akan sertai majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Gear pada hari Jumaat ini ;).
Glamorous MrJocko