Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5

Shell sebagai pembekal bahan api kedua terbesar di pasaran kini bersedia menawarkan produk baru mereka Shell FuelSave Diesel Euro 5. Shell Malaysia telah melancarkan FuelSave Diesel Euro 5 di lima stesen bermula dari 16 Disember 2015, iaitu dua di Perak, satu di Melaka, satu di Johor dan yang utama di Lembah Klang di Koperasi Pekerja-Pekerja Shell Malaysia, Stesen Utara di NKVE.

Menjelang tempoh Suku Kedua 2016, Diesel Euro 5 Baru ini akan disediakan di lebih 15 stesen di seluruh negara dan buat masa ini Shell merupakan pembekal bahan api hanya untuk menawarkan spesifikasi Diesel Euro 5 hanya di Wilayah Utara.

Baca : Produk Shell antara yang diiktiraf Dunia

 


Shell FuelSave Diesel Euro 5

Shell Diesel Euro 5 Malaysia

 

Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur, berkata pada pelancaran itu: “Pengenalan Shell FuelSave Diesel Euro 5 merupakan ikrar komitmen kami untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak di jalan raya. Dengan menyediakan pemandu dengan bahan api diesel yang lebih cekap, kita membolehkan mereka untuk pergi lebih jauh dan melakukan lebih banyak dalam jangka masa panjang. “

“Strategi penempatan Shell adalah berdasarkan corak permintaan, stesen yang pada mulanya akan menerima FuelSave Diesel Euro 5 adalah lokasi stesen yang punyai bilangan bakal pelanggan yang terbesar dan menggunakan banyak diesel. “

Shell FuelSave Diesel Euro 5

Shell Diesel Euro 5 Malaysia Shell Diesel Euro 5 Malaysia shell fuelsave diesel euro 5 launch 04

Pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5

Di Shell, mereka memahami keperluan pengguna jalan raya Malaysia untuk bahan api yang berkualiti tinggi. Itulah sebabnya Shell memperkenalkan Shell FuelSave Diesel Euro 5. Diesel dari Shell ini disertakan dengan Bahan-bahan Kecekapan Aktif dan sulfur ultra rendah direka khas untuk membantu meningkatkan ekonomi bahan api dari tangki yang pertama.

Antara kelebihan Diesel Euro 5 ini ialah mengandungi Bahan-bahan Kecekapan aktif untuk membantu meningkatkan kecekapan enjin, membantu meningkatkan ekonomi bahan api dan sesuai untuk semua enjin diesel.

shell fuelsave diesel euro 5 launch 06

shell fuelsave diesel euro 5 launch 08 shell fuelsave diesel euro 5 launch 07

Pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5

Sebagai seorang yang selalu travel dan memandu kereta, sudah pasti penjimatan bahan api dan kualiti bahan api untuk kereta satu keutamaan. Bila dapat pergi jauh dengan satu tangki, banyak yang boleh MrJocko jimat :).

Boleh didapati di stesen Shell dipilih seperti di Lokasi Stesen:

– NKVE arah utara antara Subang dan Damansara Plaza Tol

– Tapah Rest Stop, Perak

– Tanjung Malim, Perak

– Bandar Ayer Keroh, Melaka

– Pasir Gudang Highway 2, Johor

BMW Group Malaysia turut bekerjasama dengan Shell Malaysia untuk pelancaran ini turut menunjukkan sokongan padu kepada Diesel Euro 5 ini. Shell tetap komited untuk meningkatkan kecekapan bahan api dan pelepasan asap kenderaan yang lebih bersih di Malaysia dengan menyokong penggunaan meluas bahan api yang lebih berkualiti seperti Shell FuelSave Diesel Euro 5.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi menyatakan bahawa mereka memerlukan kualiti bahan api seperti Diesel Euro 5 sejak 2009 lagi apabila kenderaan BMW Advanced Diesel telah diperkenalkan di pasaran tempatan.

Dengan pelancaran minyal Diesel Euro 5 dari Shell Malaysia ini sememangnya akan menjadi pilihan ramai pengguna kenderaan diesel untuk menggunakan bahan api yang berkualiti tinggi dari Shell ini untuk hasil kepuasan yang berterusan.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.