Site icon Travel Blogger Malaysia

Pelancaran Telefon Pintar Neffos C5 Dan C5L Di Malaysia

Pelancaran Telefon Neffos C5 Dan C5L Di Malaysia. TP-LINK, jenama yang sudah lama terkenal sebagai pengeluar ‘networking’ WiFi yang global, kini melangkah setapak lagi dengan Pelancaran Neffos C5 dan C5L, sebagai pesaing baru dalam senarai smartphone di Malaysia. Jenama smartphone Neffos, dilihat akan mencabar beberapa jenama lain yang terkenal selain ia memberi pilihan baru untuk pengguna dalam pemilihan ‘telefon bimbit’.

Baca : Telefon Neffos Terbaru Untuk Semua

Example

 


Pelancaran Telefon Pintar Neffos C5 Dan C5L Di Malaysia

Pelancaran Neffos C5 Malaysia

 

Telefon Neffos C5 adalah smartphone terbaru untuk ‘entry level’  dan Neffos C5L adalah smartphone smartphone untuk ‘mid-range level’ mampun milik, khas buat pasaran di Malaysia.

 

 

 

Pelancaran Telefon Neffos C5 Dan C5L Di Malaysia

TP-LINK sebagai syarikat yang sudah lama bertapak dalam dunia penyediaan produk networking pejabat dan rumah tetap konsisten dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Kerana sedar mereka mempunyai kepakaran dalam memberikan servis  berteknologi seperti ini, mereka yakin dapat memberikan satu produk smartphone mampu bersaing kepada pengguna di Malaysia.

Pelancaran Neffos C5 dan 5CL ini diperkenalkan dulu untuk media dan blogger bertempat di The Bee, Publika dalam rangka TP-LINK memperkenalkan smartphone terbaru mereka ini kepada umum.

 

 

 

 

Neffos memperkenalkan 2 (dua) peranti smartphone mereka dalam usaha untuk memperkenalkan jenama mereka kepada umum. Kedua-dua smartphone ini, Neffos C5 dan Neffos C5L adalah smartphone yang memiliki ciri-ciri terbaru, termasuk kelajuan processor MTK MT6735 dengan kekuatan 4X Cortex-A53 1.3GHz serta Qualcomm MSM8909 ARM Cortex-A7 1.1GHz (Snap Dragon 210). 

Neffos C5 mempunyai saiz skrin lebar 5.0 inci definisi HD 1280×720 IPS dan Neffos C5L punyai saiz skrin lebar 4.5 inci paparan FWVGA. Fungsi ini memberikan paparan cantik ‘cinematic mobile viewing’. Dengan fungsi ini ia memberikan anda dapat melihat gambaran lebih terang, lebih tepat dan jelas dari biasa.

MrJocko di Pelancaran Telefon Neffos C5 Dan C5L Di Malaysia

Spesifikasi Neffos C5 dan C5L

 

 

Telefon Pintar Neffos C5 Dan C5L Di Malaysia

Untuk anda yang memang suka bergambar dan selfie, Neffos C5 dan Neffos C5L disertakan dengan kualiti kamera belakang 8MP yang sebenar. Untuk Neffos C5, kualiti kamera depan 5MP sudah pasti akan mengujakan sesiapa sahaja dengan kelebihan kamera ‘wide angle’ untuk kepuasan ketika selfie. Manakala Neffos C5L datang dengan kualiti kamera depan 2MP.

Bermain VR Games dengan Neffos C5 pun BEST!!!

Selain itu, kelebihan kedua-dua smartphone ini ialah fungski Dual Sim yang memang memudahkan anda untuk menggunaka 2 (dua) nombor telefon dalam satu samartphone. Untuk yang jenis suka travel seperti MrJocko, Sim Kad pertama untuk line telefon di Malaysia dan ruang Sim Kad kedua untuk Sim Kad telefon negara yang MrJocko kunjungi. Dengan ini, tidak perlu bawa dua smartphone dan memudahkan MrJocko mengekalkan talian utama MrJocko di mana-mana sahaja serata dunia.

Untuk tempoh ini, Neffos C5 dan Neffos C5L akan dijual di laman web Online Lazada Malaysia bermula 12 April 2016. Ia akan dijual dalam dua variasi warna iaitu Putih dan Dark Grey. Untuk permulaan, Neffos C5 akan dijual dengan harga jualan RM539 dan Neffos C5L dengan harga RM359 setiap unit.

Berminat untuk dapatkan smartphone TP-LINK Neffos C5 dan C5L ini, boleh tempah segera di Lazada.my

Maklumat lanjut tentang spesifikasi dan butiran lanjut, layari laman web http://www.neffos.com

Exit mobile version