Pelancongan Domestik DiBenarkan Bermula 10 Jun 2020
|Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberikan sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Intipati utama ialah kebenaran untuk rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun 2020. Dengan ini juga, segala aktiviti Pelancongan Domestik DiBenarkan bermula pada tarikh tersebut sehingga 31 Ogos 2020.
Berita tentang kembalinya aktiviti pelancongan di dalam negeri memberi nafas kelegaan kepada ramai penggiat pelancongan seluruh negara. Saya yang turut terlibat dalam beberapa aktiviti pelancongan tempatan menyokong kelonggaran ini, namun ia harus dikawal dengan SOP yang ketat untuk membendung penularan wabak Covid-19 dari terus merebak.
Baca : Pelancongan Domestik Mendapat Sokongan Padu dari Tourism Malaysia
Pelancongan Domestik DiBenarkan Bermula 10 Jun 2020
Secara umum, Malaysia sebenarnya melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga tarikh 31 Ogos 2020. Namun, terma dilonggarkan dari permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemudian Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) bagi kawasan Zon Merah tertentu dan kemudiannya dilonggarkan sedikit menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kini, selepas hampir 89 hari (dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020) kita di Malaysia dibenarkan untuk rentas negeri dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Dengan kelonggaran ini, rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas sempadan negeri, sektor pekerjaan secara berperingkat akan beroperasi, waktu operasi akan kembali normal dan banyak aktiviti yang sebelum ini tidak dibenarkan, akan kembali membuka pintu.
Ini termasuk sambutan Hari Raya Aidiladha 2020, solat di Masjid dan aktiviti keagamaan ugama lain dan beberapa aktiviti lain.
Apa lagi, ini peluang untuk anda melepaskan tekanan selepas 3 bulan terperuk di rumah. Mungkin destinasi dalam negeri akan menjadi tumpuan utama penduduk Malaysia.
Kalau nak tahu tempat menarik di Malaysia boleh layari pautan link ini Malaysia Trully Asia.. Kalau nak melancong dekat-dekat sahaja, boleh pusing sekitar Selangor. Ada banyak destinasi menarik di Selangor Darul Ehsan.
Oh ya, belum pasti pulak bagaimana perjalanan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Sebab, kat Sabah dan Sarawak pun ada banyak destinasi menarik. Info lebih tempat tentang tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia, boleh jenguk di laman web www.tourism.gov.my