Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sektor Pelancongan Indonesia Terjejas Teruk Akibat Jerebu September 2019

Seperti sudah dijangka, Sektor Pelancongan Indonesia Terjejas Teruk Akibat Jerebu September 2019. Ramai pelancong asing yang menempah pakej perjalanan ke Indonesia dilaporkan telah membatalkan rancangan mereka kerana kebakaran hutan di Kalimantan dan Riau. Tidak ada siapa yang sebenarnya mahu melancong dalam keadaan jerebu teruk seperti itu.

Ketua Pusat Krisis Pelancongan Kementerian Pelancongan, Guntur Sakti, memberitahu media, ramai pelancong asing dari Malaysia dan Singapura telah membatalkan rancangan mereka untuk mengunjungi kepulauan itu akibat keadaan jerebu yang teruk.

Baca : MrJocko dan Berita Semasa

 



 

Ada laporan dari Riau, bahawa kumpulan Malaysia yang terdiri daripada 31 orang telah membatalkan perjalanan mereka ke Indonesia. Nilai pakej perjalanan kumpulan dikatakan bernilai MYR18,600 (USD4,450).

Sektor Pelancongan Indonesia Terjejas Teruk Akibat Jerebu

Pelancong Batalkan

Lihat sahaja indeks pencemaran semasa, setakat hari ini, 20 September 2019, kualiti udara di Jakarta, Jabongtimur dan Sampit di Indonesia masih lagi menunjukkan kualiti udara yang merbahaya. Ia memang satu keadaan yang menakutkan apabila kualiti udara tercemar sehingga ke paras melebihi 300.

Sumber Indeks Pencemaran Udara Semasa boleh dilihat di SINI.

indeks pencemaran udara di Indonesia 01
Indeks Pencemaran Udara di Jakarta
indeks pencemaran udara di Indonesia 02
Indeks Pencemaran Udara di Jabongtimur
indeks pencemaran udara di Indonesia 03
Indeks Pencemaran Udara di Sampit

Kalau ini berlarutan selama beberapa bulan ia semestinya akan menjejaskan lagi sektor pelancongan Indonesia. Lebih buruk, jika ia berpanjangan dan akan membuatkan potensi pelancong yang sedia ada akan beralih ke destinasi lain termasuk Filipina, Vietnam, Thailand atau ke Laos.

Kesan dari Jerebu yang teruk ini pasti akan memberi kesan kesihatan kepada semua yang menghirup udara yang tidak sihat ini. Bukan sahaja ia bahaya kepada kesihatan, malah dibeberapa tempat di Kalimantan, jerebu yang tebal ini mengakibatkan kemalangan kerana jarak penglihatan yang sangat terhad.

Sebab itu, pengawasan dari awal terhadap aktiviti yang boleh membawa kepada kebakaran hutan dengan sengaja perlu lebih tegas supaya mereka yang terlibat dibawa kemuka pengadilan dan menjadi tauladan kepada yang lain supaya tidak melakukan pembakaran terbuka sesuka hati

Kita di Malaysia, sudah terkesan dan sudah sebulan mengalami kesan jerebu dari aktiviti pembakaran di Indonesia. Sebab itu, sebaiknya kita sendiri tidak turut sama dalam aktiviti yang boleh membawa kepada kesan jerebu yang boleh membahayakan smeua orang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.