Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelayaran Islamik Wadah Baru Melancong Sambil Beramal

Pelayaran Islamik Yang Pertama Di Dunia adalah gelaran yang sememangnya layak untuk pakej terbaru dari pihak penganjur IntraTama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd yang berpusat di Prima Sri Gombak, Selangor ini. Ternyata pakej yang menawarkan pelancongan di dalam kapal laut cruise ini semakin mendapat perhatian dan tarikan terbaru untuk mereka yang mencari kelainan dalam pakej percutian mereka.

Palayaran Islamik ini sudah bermula dengan pakej Pelayaran Islamik 1.0 pada bulan Ogos 2014. Kini mereka akan menemui anda dengan Pelayaran Islamik 2.0 pada 25 – 28 Januari 2015. Namun begitu, kedua-dua pakej ini telah pun habis dijual dan ia memang mendapat sambutan hangat.

Untuk anda yang berminat, apa kata daftar di Pelayaran Islamik 3.0 yang akan berlangsung pada 1 – 4 Februari 2015 di mana pakej ini akan membawa anda dari Pulau Pinang – Phuket – Krabi dengan hanya pakej ALL-IN cuma dari RM1,677 sahaja. Ini bermakna, anda membayar dengan nilai RM1,677 dan ia termasuk keseluruhan itinerary program dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Phuket dan Krabi termasuk makan, minum, penginapan dan segala aktiviti wajid di dalam kapal laut cruise tersebut. Murah dan hebat bukan???

Pelayaran Islamik Yang Pertama

 

Pelayaran Islamik Yang Pertama

 

gambar Pelayaran_Islamik_Cruise_Pertama_Di_Dunia

 

Pelayaran_Islamik_Cruise_Pertama_Di_Dunia

 

Pelayaran Islamik Yang Pertama

 

Pelayaran_Islamik_Cruise_Pertama_Di_Dunia

 

Ustaz_Kazim_Elias_Kembara

 

Pelayaran_Islamik_Cruise_Pertama_Di_Dunia

 

Pelayaran_Islamik_Cruise_Pertama_Di_Dunia

 

Siapa Penganjur Pelayaran Islamik

INTRATAMA TRAVEL & TOURS CONSULTANT (M) SDN BHD. (ITCT) adalah sebuah syarikat perunding majlis yang menyokong dan menyediakan perkhidmatan profesional kepada pelanggan korporat dan individu. 

Sejak penubuhannya, IntraTama Travel telah menjadi penghubung idea dan pencari jalan untuk menghubungkan syarikat-syarikat multi-nasional untuk pelanggannya. orbit perkhidmatan IntraTama Travel teras sekitar perundingan dan pengurusan perkhidmatan dalam bidang aktiviti-aktiviti korporat dan pengurusan acara. fokus profesional dan tajam untuk butiran sikap perunding telah melontarkan syarikat ini untuk menjadi pemimpin dalam industri ini di Cruising Islam tertentu.

Kembara_UKE

 

Kembara_Ustaz_Kazim_elias

 

Ada banyak aktiviti yang di susun oleh pihak penganjur, IntraTama Travel lebih-lebih lagi aktiviti yang berkonsepkan keagamaan. Sebagai contoh, setiap hari anda akan dapat berpeluang untuk solat jemaah dia ruang deck yan gdi sediakan dan juga di perkarangan roof top kolam mandi. Bayangkan ada bersolat di ruangan kolam mandi di atas sambil mendengar ceramah agama dari barisan panel-panel ustaz yang terbaik di Malaysia.

Keunikkan Pelayaran Islamik ini ialah konsep pelayaran dan pelancongan bersama tokoh-tokoh ilmuanhebat di Malaysia. Pelayaran Islamik 1.0 dan 2.0 menampilkan Ustaz Kazim Elias. Kemudian untuk  Pelayaran Islamik 3.0 disertai oleh Ustaz Badli Shah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato Hassan Mahmud, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan juga Imam muda Miril. Manakala Pelayaran Islamik 4.0 akan bermula pada 8 hingga 11 Mac 2015 akan menampilkan Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof Dr. Muhaya serta Imam muda Asyraf.

Secara umum, pakej pelayaran islamik pertama di dunia ini bukan sahaja anda datang untuk melancong, tetapi anda boleh isi aktiviti ini dengan ilmu dan kerohanian seperti Ziarah ke lokasi Pusat Tahfiz, Menderma, Solat Berjemaah dan juga aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan Islamik sepanjang itinerary anda di dalam pakej Pelayaran Islamik ini.

Sebab itu secara pribadi, harga yang ditawarkan iaitu serendah RM1,677 bagi setiap seorang bagi pakej Pelayaran Islamik ini adalah sangat berbaloi kerana ia adalah harga mampu milik dan harga All-In untuk pakej biasa. Namum, sekiranya anda berminat untuk dapatkan servis tambahan seperti :

Add-on Deals – Pakej Damai
– Sarapan pagi setiap hari di Lounge Eksekutif (peluang bertemu ustaz)
– 1x Makan tengahari di Lounge Eksekutif (peluang bertemu ustaz)
– Free flow minuman halal sepanjang pelayaran
– Reserve tempat duduk di hadapan semasa kuliah Dhuha
– Menaiki bas yang paling hadapan sepanjang 2 lawatan luar.

Ini adalah untuk anda yang mahukan lebih masa bersama Ustaz dan ia adalah terhad memandangkan lokasi lounge yang amat terhad dan eksklusif.

Untuk Makluman :

Pihak Star Cruise Libra menyediakan menu makanan Halal dan di SAH kan oleh pihak Jakim Pulau Pinang dan kriteria penyediaan makanan adalah mengikut standard Halal Jakim di Malaysia.

Pelayaran Islamik Yang Pertama Di Dunia

 

Sudah pasti MrJocko sangat teringin untuk sertai pakej Pelayaran Islamik anjuran IntraTama Travel ini untuk kelainan percutian bersama dengan ilmuan terhebat di Malaysia. Ini peluang terbaik untuk melancong dan mengikuti program kembara secara Islamik kerana di samping berhibur, kita boleh menimba ilmu keagamaan bersama-sama Tokoh Ilmuan terhebat di Malaysia.

Apa tunggu lagi, ini peluang untuk kita semua dan cara barun untuk berlibur.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, dapatkan informasi menerusi:

Facebook Pelayaran Islamik – https://www.facebook.com/PelayaranIslamik 
Laman Web Pelayaran Islamik – https://www.pelayaranislamik.com/
Sekretariat Pelayaran Islamik :
No 2.08, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Nombor Telefon: 603-6185 0010

 

Pelayaran Islamik Yang Pertama Di Dunia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.