Pelayaran UKE 2.0 Teaser Pulau Pinang Langkawi Phuket
|Alhamdulillah, MrJocko sekarang ini sedangkan dalam perjalanan dan menunggu masa untuk sertai Pelayaran Ustaz Kazim Elias Pelayaran UKE 2.0 bermula hari ini 25 Januari sehingga 28 Januari 2015 di dalam Super Star Cruise Libra yang berpengkalan di Pulau Pinang. Ini Pelayaran UKE 2.0 Teaser Pulau Pinang Langkawi Phuket. MrJocko dan rakan media turut teruja untuk bersama-sama dalam pengembaraan Islamik pertama seumpamanya di dunia ini.
Perjalanan ini membawa sebanyak 7 buah bas dari KL dan beberapa buah bas dari Ipoh. Setakat yang MrJocko tahu, Pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 kali ini berjaya mengumpul sehingga 1000 peserta di dalam Super Star Libra Cruise dan ia sememangnya trip yang terbesar pernah MrJocko sertai.
Baca : Review Tentang Pelayaran Islamik
Pelayaran Islamik Ustaz Kazim Elias 2.0
Kami akan bertolak dari Pelabuhan Penang ini sekitar jam 8.30 malam ini menuju ke Langkawi dan seterusnya ke Phuket. Pakej Pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 ini bermula dari harga RM1,677 sahaja all-in dan ia memang harga terbaik.
InsyaAllah dalam trip ini ada pengisian Solat Jemaah pada setiap waktu, Tazkirah, Solat Dhuha, Ziarah Sekolah Tahfiz, Derma dan semestinya masa untuk Shopping di Langkawi dan Phuket dan banyak lagi.
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Semoga perjalanan Pelayaran UKE 2.0 ini akan dirahmati Allah.
Pelayaran UKE 2.0 #PelayaranIslamik #IntraTamaTravel #BlooggersMedia #TravelBlogger
Tak sabar rasanya nak nikmati pengalaman menaiki kapal dengan cara Islamik ini. Ia satu pengalaman baru dan semestinya ia sesuatu yang mengujakan.