Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 : Day 2 Langkawi

Sambungan cerita Pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 : Day 2 Langkawi. 

Selesai hari pertama untuk Pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 Day 1 di Pulau Pinang dan kami malamnya menuju ke Langkawi. Keesokkannya, seawal jam 5.00 pagi kami beramai-ramai bersiap untuk ke Deck 10 di Superstar Cruise Libra untuk majlis Qiyamullail di hari ke-2 Pelayaran UKE 2.0. Alhamdulillah, satu Deck atas diruang kolam mandi dan ruang makan diubah menjadi ruang solat yang besar untuk Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Subuh berjemaah.

 

Paling menyentuh hati bila kesunyian, namun kami masih boleh mendengar deruan angin dan melihat laut yang terbentang luas sambil menikmati matahari terbit yang begitu indah dari atas Superstar Libra di Pelayaran UKE 2.0 ini.

 

 

 

 

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias
Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

 

 

Ketika waktu untuk solat, pihak Kapten Kapal Superstar Cruise Libra ini akan memastikan kapal berada menghadap kiblat untuk memudahkan jemaah bersolat. Ini semua atas kerjasama dan perbincangan pihak penganjur, IntraTama Travel Consultant & Tours yang bertungkus lumus memastikan keselesaan dan majlis berjalan lancar.

 

Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik dan MrJocko sendiri amat tersentuh melihat ramainya yang sertai majlis Qiyamullail dan Tazkirah subuh di Pelayaran Islamik, Pelayan UKE 2.0 Langkawi, Phuket ini.

 

 

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

 

 

 

Selepas tazkirah Subuh, kami kemudian bersiap untuk meneruskan aktiviti di Kompleks Sukan Langkawi, sempena dengan Ceramah Perdana Ustaz Kazim Elias disamping majlis menyerahkan sedikit sumbangan oleh pihak Penganjur IntraTama Travel Consultant & Tours dan Ustaz Kazim Elias kepada Maahad Tahfiz Al-Yamani. 

 

 

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

 

Hampir 1,500 orang turut serta dalam ceramah ini dan ia memang meriah dengan pengisian ilmu dan juga tazkirah berguna oleh Ustaz Kazim Elias dan juga abang beliau Dato Najmuddin Elias. Ruang dewan Kompleks Sukan Langkawi penuh dengan peserta dan orang kampung sekitar Langkawi.

 

Di majlis ini, peserta program Pelayaran UKE 2.0 bersama penduduk tempatan sekitar Kompleks Sukan Langkawi turut sama dalam Ceramah Perdana Ustaz Kazim Elias diikuti dengan sesi makan tengahari ala-kenduri kampung di dewan yang sama. Ia memang satu pengalaman yang baru buat MrJocko sendiri.

 

Menjelang waktu tengahari ceramah dan majlis di Kompleks Sukan Langkawi selesai. Kami dibawa ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG) Langkawi untuk sesi membeli-belah. Memandangkan waktu yang terhad, kami sempat singgah di sini selama beberapa jam sahaja sebelum kembali menaiki Superstar Libra untuk meneruskan perjalanan ke Phuket.

 

 

 

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

Walaupun sekejap, tapi ramai yang sempat shopping pelbagai barangan yang murah dan bebas cukai di Langkawi seperti coklat dan pinggan mangkuk. Untuk kakak-kakak dan makcik-makcik, Langkawi memang syurga membeli belah mereka.

 

Ramai yang sertai Pelayaran UKE ini sangat gembira bila dapat singgah di Langkawi. Macam-macam yang dibelinya sampai ada yang terpaksa membeli beg tambahan kerana terlalu banyak. Lagi best kerana tidak perlu bayar extra bagasi bila menaikki kapal laut seperti Superstar Libra ini.

 

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Pelayaran Ustaz Kazim Elias

 

Sebelah malam, kami sudahi hari ke-2 Pelayaran UKE 2.0 ini dengan Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah di samping aktiviti Makan Malam Gala Dinner UKE untuk meraikan tetamu dan peserta-peserta Pelayaran UKE. 

 

Menu makanan untuk malam ini memang terbaik dengan pilihan utama pastinya Kambing Panggang Golek, Udang Bakar, Ikan Bakar, Ayam Bakar, Buahan dan banyak lagi sehinggakan kami kenyang dan sangat berpuas hati.

 

Untuk makluman, 8 – 11 Mac 2015 nanti akan berlangsung Pelayaran Islamik 4.0 Phuket – Krabi dan ia juga telah penuh ditempah oleh peserta-peserta dariseluruh Malaysia. Bagi yang bertanya tentang bila akan dijadualkan Pelayaran Islamik 5.0, mohon dapatkan maklumat lanjut dari penganjur IntraTama Travel Consultant & Tours di laman Web Rasmi IntraTama Travel atau Fanpage Pelayaran Islamik.

 

Jom kita travel dan beramal dalam satu pakej percutian Islamik terbaik yang pernah ada di Malaysia

 

Ikuti sambungan Pelayaran UKE 2.0 – Day 3 Phuket

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.