Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelik Orang Muar Sarapan Sate Setiap Pagi

Sekiranya anda pernah ke Muar dan ingin bersarapan di waktu pagi di kebanyakkan gerai makan atau restoran di bandar tersebut, anda mungkin akan merasa pelik. Apa yang pelik???
Tahu kah anda, ramai penduduk sekitar bandar Muar suka bersarapan pagi dengan makan SATE? Bukan satu, bukan dua, malah bercucuk-cucuk, seperti mana kita makan sate pada kebiasaannya. Kalau kita di Kuala Lumpur, Selangor atau di bandar lain, sate cuma hidangan sebelah petang atau malam, tetapi di Muar, ia merupakan hidangan untuk sarapan pagi.

Banyak gerai dan restoran sekitar bandar Muar menyediakan sarapan SATE. Mudah saja nak cari. Harga pula berpatutan. Anda boleh memilih samada nak makan sate ayam, daging, perut atau sate campur. Cuma bezanya, di sini mereka hidang sate tanpa Nasi Himpit. 
Apa pun, anda boleh order Nasi Lemak atau Lontong sebagai pilihan lain. Itupun kalau anda tak makan sate. Tetapi, kalau dah sampai Muar, MrJocko syorkan cuba untuk bersarapan dengan Sate, memang BESTTT,,,

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.