Site icon Travel Blogger Malaysia

Kain Pelikat Pants Official Merchandise Oleh Afdlin Shauki

1390874683559-762315

1390874683559 762315

Ramai yang dah lihat Pelikat Pants ketika rancangan Maharaja Lawak Mega 2013. Pelikat Pants yang dipopularkan oleh Afdlin Shauki dan rakan-rakan pelawak Maharaja Lawak Mega semakin mendapat sambutan.

Pelikat Pants ialah seluar size lebar, besar dan unik dibuat dari material kain pelikat yang kemudiannya dijahit rekaannya menjadi seluar. Dari segi gambaran mudah, Pelikat Pants sebenarnya berbentuk 3 segi panjang yang mana bentuk sudut atas ialah untuk pinggang dan sudut bawah kiri dan kanan ialah untuk kaki seluar.

Pemakaian Pelikat Pants Official Afdlin Shauki ni mudah sahaja. Hanya sarungkan dan pakai. Getah seluar akan membuahkan anda selesa di bahagian pinggang dan kain pelikat yang lebar memastikan anda selesa dengan ruang Pelikat Pants.

 



 

Kain Pelikat Pants Official Merchandise Oleh Afdlin Shauki

Pelikat Pants Afdlin Shauki

 

Pelikat Pants Official sesuai untuk pakaian santai dan untuk dijadikan seluar tidur. Walau bagaimanapun, anda masih boleh guna Pelikat Pants kalau keluar ke shopping complex kerana rekaan Pelikat Pants Afdlin Shauki ini sebenarnya untuk kegunaan universal. Paling selesa bila guna Pelikat Pants untuk solat.

Ada pelbagai saiz Pelikat Pants Official. Bermula dari saiz S sehingga saiz XXXL. Jangan risau, samada anda kurus atau gemuk, InsyaAllah ada saiz untuk anda.

Harga yang dijual secara runcit sekitar RM75 sahaja. Harga ini berpatutan kerana mengambil kira kualiti kain pelikat, rekaan yang besar dan juga ia official merchandise oleh Afdlin Shauki. Berminat nak jadi pengedar, boleh terus hubungi Man Raja Lawak.

Glamorous MrJocko

 

Exit mobile version