Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Peluang Menang Wang Tunai Setiap Hari Find The Yes Man Yes 4G

Cara mudah memang contest. Ini mungkin Peluang Menang Wang Tunai Setiap Hari Find The Yes Man Yes 4G. ‘Manhunt’ yang dianjurkan oleh Yes ini bakal memberi peluang kepada semua orang untuk menang wang tunai RM500, RM1000 dan pada hari terakhir RM5,000.

Contest “Find The Yes Man” anjuran Yes ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Bermula pada 13 November, ia akan berakhir pada 11 Disember 2016.

Baca : Grand Finale Find The Yes Man 4G

 


Menang Wang Tunai Setiap Hari Find The Yes Man

find_the_yes_man_yes4G

 

MrJocko sudah menyertai peraduan ini pada hari Sabtu (13 Nov) yang lepas di 1Utama Shopping Mall. Tugas kami, mencari siapa dia Yes Man ditengah keriuhan dan kesesakkan pengunjung di 1Utama. Bayangkan dari tingkat LG hingga tingkat ke-3 kami cari siapa dia ‘Yes Man’. Namun, jangan risau, kami berpandukan clue dari laman fanpage Yes 4G www.facebook.com/Yes4G

Alhamdulillah, tidak sampai 15 minit, MrJocko berjaya menangkap ‘Yes Man’ yang pertama. Rezeki hari itu, kami yang menang menerima wang tunai RM1,000. Wow!!!

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan cuma layari laman Fanpage Yes 4G dan ikuti arahan yang diberikan. Kejar ‘Yes Man’ dan tanya ‘Are You The Yes Man?’. Jika jawapannya ‘Yes’, maka anda yang pertama menjumpainya akan memenangi wang tunai dengan segera.

 

find_the_yes_man find_the_yes_man

find_the_yes_man img-20161113-wa0040

 

Bermula 13 – 27 Nov 2016, nilai hadiah untuk pencarian Yes Man ialah RM500. Pada 28 Nov – 10 Dis 2016 ia dinaikkan menjadi RM1,000. Pada hari terakhir, jumlah hadiah dinaikkan sehingga RM5,000. Wang Tunai ini akan dinaikkan sekali ganda, jika anda yang berjaya menjumpai Yes Man adalah Pelanggan Yes.

Menarik tentang peraduan ini, jika tiada siapa menjumpai Yes Man pada hari tersebut, wang tunai hadiah tersebut akan dibawa ke hari esok dan seterusnya.

 

Menurut Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, ia antara satu cara Yes mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan ia bersempena dengan sambutan perkhidmatan Yes untuk tahun ke-6.

Maklumat lanjut, anda layari laman fanpage Facebook Yes 4G dan laman web www.yes.my/FindTheYesMan.

Apa lagi, jom kita pakat-pakat cari Yes Man #FindTheYesMan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.