Pemandangan Indah Puncak The Peak Hong Kong
|Nak share, Pemandangan Indah Puncak The Peak Hong Kong. The Peak HongKong memang disebut-sebut antara lokasi wajib singgah kalau ke Hong Kong. Apa yang menarik di The Peak HongKong? Banyak yang menarik di sini sehinggakan hampir setiap hari, ribuan pelancong sanggup beratur panjang untuk naik ke sini dengan menaiki Tram, pengalaman yang mungkin tidak ada di tempat lain.
Menunggang The Peak Tram adalah cara yang paling cepat dan yang paling terbaik untuk tiba di puncak The Peak HongKong. Pengalaman mendaki puncak The Peak dengan Tram ini memang mengujakan lebih-lebih lagi dengan kecerungan mendaki sehingga 27 darjah membuatkan anda rasa seperti berbaring ketika menaiki puncak The Peak dengan Tram ini.
Pemandangan dari puncak The Peak Hong Kong
Anda boleh menaiki Tram ke The Peak HongKong bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam. Jangan risau, kekerapan perkhidmatan Tram The Peak HongKong ini adalah setiap 10 hingga 15 minit.
Nak masuk ke The Peak Hong Kong adalah PERCUMA. Tetapi ada banyak lokasi di sini anda perlu dapatkan pass masuk, seperti Sky Terrace 428.
Tiket untuk masuk ke Sky Terrace 428, lokasi observation deck di The Peak adalah HKD48 untuk dewasa dan HKD24 untuk kanak-kanak. Sebaiknya, kalau nak naik ke sini, dapatkan pakej kombo Tram Pass, Madame Tussauds dan juga Sky Terrace 428 sekali gus dengan harga yang murah. Atau, dapatkan harga Tram Pass Return dan Sky Terrace 428 dengan hanya HKD83 untuk dewasa dan HKD40 untuk kanak-kanak.
Kalau dan sampai di puncak The Peak, memang anda boleh lihat hampir separuh bandar Hong Kong dari arah pulau. Tetapi nak nampak lebih menarik, mesti naik di Sky Terrace 428 The Peak.
Untuk maklumat lain, operasi Sky Terrace 428 bermula seawal jam 10:00 pagi hingga 11:00 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat dan bermula jam 8:00 pagi hingga 11:00 malama pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.