Pemandangan Indah Underwater Di Pulau Tioman Pahang
|Kalau sebelum ini MrJocko kongsi tentang kejernihan air laut dan hidupan laut yang ada di sekitar Pulau Tioman, kali ini MrJocko nak kongsi tentang betapa cantiknya pemandangan dalam laut ‘Underwater’ jika anda suka snorkeling atau diving di Pulau Tioman. Nah, tengok sendiri Pemandangan Indah Underwater Di Pulau Tioman.
Di Pulau Tioman banyak lokasi yang menarik untuk anda snorkeling atau menyelam. Anda boleh mencuba satu persatu dan sudah pasti setiap lokasi ada kelainan dan keunikkan masing-masing.
Baca : Harga Tiket Dari Jeti Ke Pulau Tioman
Pemandangan Indah Underwater Di Pulau Tioman Pahang
 :
Ini ialah pemandangan biasa yang anda boleh lihat dari permukaan air laut kalau anda ke Pulau Tioman. Banyak lokasi air laut yang masih jernih dan memang kami teruja untuk menyelam. Kalau anda suka snorkeling, mesti tak sabar nak terjun ke laut.
Yang ini pula, gambar-gambar yang kami sempat rakamkan menggunakan kamera kalis air biasa. Walaupun tidak berapa ‘sharp’ tetapi anda boleh gambarkan bahawa hidupan laut dibawah air ini sememangnya cantik.
Sudah pasti kalau ada peluang MrJocko akan ke Pulau Tioman untuk menikmati pemandangan ‘underwater’ yang memang menarik. Kat Pulau Tioman ini, sememangnya sudah lama terkenal di seluruh dunia. Sejak puluhan tahun yang lalu, ramai penyelam dan pelancong asing datang ke Pulau Tioman semata-mata untuk menikmati keindahan hidupan laut yang ramai tidak diketahui.
Syurga underwater terbaik dunia sebenarnya ada di negara kita, Malaysia.
Wahai kawan-kawan ku, Relakskan minda, ambil cuti, pergi lah melancong, jom ke Pulau Tioman.
Pulau Tioman terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut China Selatan. Ini adalah hutan alam asli dilingkari oleh pantai. Kawasan ini terkenal dengan tempat menyelamnya. Persisir pantai yang memiliki karang yang cantik, kipas laut dan span laut, serta bangkai kapal. Pulau ini diliputi hutan hujan tropika, habitat bagi rama-rama, unggas dan monyet. Di pantai timur, Projek Penyu Juara adalah tempat penetasan yang melindungi dan mengkaji kehidupan penyu laut.