Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sunset Terbaik Di Rock Bar Ayana Resort Bali Indonesia

Rock Bar Ayana, lokasi ini dikatakan mempunyai ‘spot’ terbaik untuk santai bersama rakan-rakan untuk minum petang dan dinner sambil menyaksikan keindahan Sunset Terbaik Di Rock Bar Ayana, di katakan sebagai spot melihat sunset terbaik di Asia Di sini lah terkenalnya lokasi Rock Bar Ayana Resort and Spa Bali. Rock Bar ini saban hari menjadi tumpuan ribuan pengunjung untuk pengalaman terbaik di Bali.

Untuk penggemar sunset, Rock Bar Ayana Resort and Spa di Bali ini sebenarnya menempatkan beberapa restoran yang terbaik di Bali. Hotel ini, Ayana Resort and Spa Bali sendiri mempunyai pelbagai pilihan menu makanan dan minuman termasuk menu dari makanan laut segar di pantai citarasa Itali, menu masakan gaya trattoria tradisional Indonesia, masakan terbaik hidangan Eropah picisan moden, dan pelbagai pilihan warna-warni bar dan lounge gaya Bali.

Baca : Asean Pass AirAsia Trip Jogjakarta Ke Bali Indonesia

 


Sunset Terbaik Di Rock Bar Ayana Resort Bali Indonesia

Rock Bar Ayana Resort Bali

Biasanya, untuk turun ke Rock Bar Ayana Resort Bali ini, anda perlu beratur bermula dari jam 2.00 pm untuk mendapatkan spot terbaik di Bar Terbuka di sini. Walaupun begitu, waktu opening hours Rock Bar Ayana Resort Bali bermula dari jam 4.00 pm sehingga jam 1.00 am.

Kenapa ada antara mereka sanggup beratur terlalu awal untuk ke Rock Bar Ayana Resort Bali? Sudah tentu pemandangan di Rock Bar Ayana memang menakjubkan sesiapa sahaja.

Rock Bar Ayana Resort Bali rock_bar_ayana_resort_bali_02 rock_bar_ayana_resort_bali_06 Rock Bar Ayana Resort Bali

Rock Bar Ayana Resort Bali rock_bar_ayana_resort_bali_09 Sunset Rock Bar Ayana Resort Bali rock_bar_ayana_resort_bali_11 rock_bar_ayana_resort_bali_12

Untuk dapatkan meja atau spot di Rock Bar Ayana resort bukan senang, ada yang terpaksa beratur sehingga 2 – 3 jam dan juga menunggu untuk meja dikosongkan. Boleh dikatakan, ramai pelancong ke sini, semata-mata hanya untuk menyaksikan pemandangan Sunset Terbaik di Asia, di Rock Bar Ayana Resort and Spa Bali.

Dari Rock Bar ini, anda boleh melihat pemandangan waktu senja yang cantik di kaki laut bersama dengan tebing pulau Bali yang memang menakjubkan. Di sebelah kanan pula, akan dapat melihat landasan kapal terbang Ngurah Rai dan kapal terbang turun naik  sepanjang bersantai di sini.

MrJocko sempat singgah untuk beberapa jam di sini, sambil menikmati tid-bit sambil menikmati keindahan matahari terbenam (sunset) di VIP Lounge Rock Bar Ayana. Memang betul apa yang dikatakan, pengalaman menyaksikan sunset di Rock Bar Ayana ini antara pengalaman sunset terbaik MrJocko setakat ini.

Untuk sementara, menu hidangan di Rock Bar Ayana hanya menyediakan menu ringan sahaja dan mereka dalam rangka menambah menu utama sebagai pilihan terbaru untuk pelanggang di Rock Bar Ayana. Pun begitu, berdekatan Rock Bar Ayana memang mempunyai restoran makanan laut untuk mereka yang mahukan menu makanan dinner berat berkonsepkan makanan laut.

Jangan lupa, kalau anda ke Bali, pastikan ambil masa selama beberapa jam untuk ke Ayana Resort and Spa Bali ini dan terus ke sini, alami pengalaman sunset terbaik Rock Bar Ayana Resort, sunset terbaik di Asia. 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.