Pemandangan Victoria Harbour Waktu Malam Pertunjukkan Cahaya
|Kali kedua melancong ke Hong Kong, cuma kali ini hanya 2 hari 1 malam sahaja, sekadar singgah sekejap memandangkan kami dah sampai di Guangzhou. Walaupun masa terhad, saya sempat singgah untuk menikmati Pemandangan Victoria Harbour Waktu Malam Pertunjukkan Cahaya. Ini antara tempat menarik di Hong Kong, wajib lawat setiap masa.
Hampir setiap malam, pertunjukkan cahaya lampu akan diadakan di sini, bermula jam 8.00 malam dan 9.00 malam setiap hari. Pertunjukkan lampu akan bermula dibangunan-bangunan pencakarr langit di sebelah pulau Hong Kong. Tempat sesuai untuk menyaksikan pertunjukkan lampu ini ialah di Victoria Harbour.
Baca : Hotel Murah di Hong Kong China
Pemandangan Victoria Harbour Waktu Malam Pertunjukkan Cahaya
Dari Victoria Harbour, dengan kawasan santai yang luas ia memberikan peluang ribuan pelawat untuk menikmati pemandangan lampu yang cantik ini secara PERCUMA. Pertunjukkan yang memakan masa sekitar 15 minit ini memang memukau sesiapa sahaja untuk singgah di sini.




Cerita lama MrJocko ke Victoria Harbour, boleh klik sini.
Sekali lagi dinasihatkan untuk anda yang nak lihat pertunjukkan cahaya lampu dari Victoria Harbour Hong Kong, sila datang awal untuk ambik tempat yang sesuai. Ini kerana, kawasan ini ada menyediakan ratusan tempat duduk untuk anda menyaksikan pertunjukkan ini dengan selesa.
Kalau musim sejuk, sebaiknya bawa baju sejuk atau baju tebal kerana angin yang bertiup di sini sangat mendinginkan. Untuk anda yang tidak tahan sejuk, ia pasti akan membuatkan anda menggigil. Nanti rasa tak selesa.

Untuk ke sini, hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Kow Loon atau dari stesen Metro Tsim Sha Tsui Station ataupun di East Tsim Sha Tsui Station. Kat sini ada laluan pejalan kaki bawah tanah dan ia keluar terus ke kawasan Avenue of Stars Hong Kong.
Nak tau apa lagi yang menarik di Honh Kong, baca ini.
Boleh dah kalau nak ke Hong Kong kalau anda rancang melancong sekeluarga. Ya memang Hong Kong bandaraya termahal di dunia, tetapi ada banyak tips untuk menginap di hotel bajet di Hong Kong dan cari menu makanan Halal yang murah di sekitar Kow Loon masjid.