Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pemandangan Victoria Harbour Waktu Malam Pertunjukkan Cahaya

Kali kedua melancong ke Hong Kong, cuma kali ini hanya 2 hari 1 malam sahaja, sekadar singgah sekejap memandangkan kami dah sampai di Guangzhou. Walaupun masa terhad, saya sempat singgah untuk menikmati Pemandangan Victoria Harbour Waktu Malam Pertunjukkan Cahaya. Ini antara tempat menarik di Hong Kong, wajib lawat setiap masa.

Hampir setiap malam, pertunjukkan cahaya lampu akan diadakan di sini, bermula jam 8.00 malam dan 9.00 malam setiap hari. Pertunjukkan lampu akan bermula dibangunan-bangunan pencakarr langit di sebelah pulau Hong Kong. Tempat sesuai untuk menyaksikan pertunjukkan lampu ini ialah di Victoria Harbour.

Baca : Hotel Murah di Hong Kong China

 


Pemandangan Victoria Harbour Waktu Malam Pertunjukkan Cahaya

Victoria Harbour Waktu Malam 07 copy

Dari Victoria Harbour, dengan kawasan santai yang luas ia memberikan peluang ribuan pelawat untuk menikmati pemandangan lampu yang cantik ini secara PERCUMA. Pertunjukkan yang memakan masa sekitar 15 minit ini memang memukau sesiapa sahaja untuk singgah di sini.

Victoria Harbour Waktu Malam 01
Victoria Harbour Waktu Malam
Victoria Harbour Waktu Malam 02
Victoria Harbour
Victoria Harbour Waktu Malam 03
Victoria Harbour Hong Kong
Victoria Harbour Waktu Malam 04
Kapal Layar Victoria Harbour

Cerita lama MrJocko ke Victoria Harbour, boleh klik sini.

Sekali lagi dinasihatkan untuk anda yang nak lihat pertunjukkan cahaya lampu dari Victoria Harbour Hong Kong, sila datang awal untuk ambik tempat yang sesuai. Ini kerana, kawasan ini ada menyediakan ratusan tempat duduk untuk anda menyaksikan pertunjukkan ini dengan selesa.

Kalau musim sejuk, sebaiknya bawa baju sejuk atau baju tebal kerana angin yang bertiup di sini sangat mendinginkan. Untuk anda yang tidak tahan sejuk, ia pasti akan membuatkan anda menggigil. Nanti rasa tak selesa.

Victoria Harbour Waktu Malam 05
Photo by Huawei P20

Victoria Harbour Waktu Malam 06

Victoria Harbour Waktu Malam 07

Untuk ke sini, hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Kow Loon atau dari stesen Metro Tsim Sha Tsui Station ataupun di East Tsim Sha Tsui Station. Kat sini ada laluan pejalan kaki bawah tanah dan ia keluar terus ke kawasan Avenue of Stars Hong Kong.

Nak tau apa lagi yang menarik di Honh Kong, baca ini.

Boleh dah kalau nak ke Hong Kong kalau anda rancang melancong sekeluarga. Ya memang Hong Kong bandaraya termahal di dunia, tetapi ada banyak tips untuk menginap di hotel bajet di Hong Kong dan cari menu makanan Halal yang murah di sekitar Kow Loon masjid.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.