Pembaca Lebih Suka Video Travel Berbanding Gambar Travel
|Sejak beberapa bulan lepas, MrJocko cuba pelbagaikan perkongsian di Blog dan juga Facebook MrJocko. Kalau sebelum ini, banyak dikongsikan gambar-gambar percutian dan travel, kini MrJocko berkongsi Video Travel MrJocko di Fanpage MrJocko. Alhamdulillah, rupanya MrJocko baru sedar yang Pembaca Lebih Suka Video Travel Berbanding Gambar Travel.
Menulis blog atau menulis artikel memerlukan masa, tetapi ia akan senang. Tetapi untuk mengarang video yang bagus, memerlukan banyak lagi idea kreatif dan usaha. Bkan mudah, perlu lebih kreatif…
Baca : Percutian Kami Sekeluarga Dengan Bajet Murah Ke Perth Australia
Pembaca Lebih Suka Video Travel Berbanding Gambar Travel
Sebenarnya tak sangka, sebelum ini MrJocko cuma fokus kepada gambar-gambar travel sahaja. Namun selepas melihat banyak ‘capaian’ (reached) untuk video-video travel MrJocko, ia memberikan satu semangat untuk terus berkongsi video travel MrJocko samada travel sendiri atau travel dengan keluarga.
Beberapa video travel yang MrJocko kongsi di Fanpage MrJocko mendapat reached yang memberangsangkan. Walau ia tidak sebaik video lain yang menjadi viral, untuk contoh seperti di atas, 27,770 dalam masa 2 hari dengan 1,900 views ia amat membanggakan MrJocko. Satu pencapaian tersendiri. InsyaAllah semoga ia memberikan manafaat kepada rakan-rakan di Facebook dan pembaca blog.
Pencapaian terbaik MrJocko dengan capaian (reached) 44,950 dan mendapat 2,800 views. Alhamdulillah, semoga ia memberikan MrJocko semangat untuk berikan yang lebih terbaik .
Terima kasih dengan teknologi dan kehebatan Video Dji Osmo yang memberikan kualiti video 4K dengan kualiti stabilizer yang sangat bagus. Ia memang gadget terbaik untuk mereka yang sukakan video.
Walaupun berkongsi video seperti ini bukan semudah berkongsi gambar travel, tetapi InsyaAllah, MrJocko akan kongsi sebaiknya. Memandangkan peluang untuk sertai FAM Trip akan datang semakin dekat, MrJocko bercadang untuk memperbaiki teknik rakaman dan semestinya editing mudah untuk ‘Live Update’ dengan rakan-rakan di Facebook dan Blog.
Harapan MrJocko, semoga hasil yang diberikan memuaskan hati klien serta memberikan yang terbaik kepada follower dan pembaca MrJocko. InsyaAllah, selagi terdaya MrJocko akan kongsi gambar travel dan video travel terbaik untuk semua. Terima kasih atas sokongan dan views di Fanpage MrJocko dan Blog MrJocko.com