Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pembaharuan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Di Pos Malaysia

Ini berita tentang Pembaharuan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Di Pos Malaysia. Sudah lama rakyat Malaysia memandu kenderaan dengan cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh. Minggu ini, ada berita baik dari pihak JPJ yang sudah mula membuka kaunter di Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pengecualian untuk renew cukai jalan dab lesen memandu di sepanjang tempoh perlaksanaan PKP. Walaupun begitu, pengguna dinasihatkan untuk bawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans.

Baca : Cukai Jalan Terbaru JPJ

renew cukai jalan dan lesen memandu

 


Pembaharuan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Di Pos Malaysia

renew roadtax pos malaysia
 

Berikutan pengumuman baru-baru ini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai pembaharuan cukai jalan (LKM) dan lesen memandu (LMM), Pos Malaysia akan menyambung semula semua perkhidmatan JPJ di pejabat pos terpilih mulai 9 Ogos 2021. Tetapi, hanya untuk secara janji temu (dalam talian) untuk mengelakkan orang ramai semasa wabak ini.

Pelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad, 8 Ogos 2021 (pilih negeri> cawangan pejabat pos> klik pada pautan yang disediakan).

Pelanggan dibenarkan untuk menempah hanya satu (1) slot temu janji setiap hari dan melakukan maksimum tiga (3) transaksi setiap janji temu.

Updated : 12 Ogos 2021

Saya sendiri sebenarnya ke Pejabat Pos untuk membuat urusan pembaharuan cukai jalan sebab tidak tahu info yang jelas. Namun, kami yang hadir diminta untuk mengisi temujanji di pautan online bagi memudahkan urusan dan SOP di kaunter. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana sahaja secara online mengikut slot yang masih lagi kosong.

Semak Outlet Pos Malaysia untuk urusan Renew Road Tax dan Driving License di pautan ini Pos Malaysia JPJ Services

renew roadtax pos malaysia
Renew Cukai Jalan dan Lesen Memandu Pos Malaysia

Daftar secara online sekejap sahaja dan datang pada hari yang telah dipilih.

Pembaharuan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia

Kepada semua, sila patuhi semua SOP yang merangkumi pemakaian topeng muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan jarak fizikal 1 meter dari yang lain ketika mengunjungi premis. Sekiranya anda tidak sihat atau mempunyai simptom COVID-19, jangan sesekali mengunjungi mana-mana outlet Pos Malaysia untuk kebaikan bersama.

Masih lagi tak faham dan ada pertanyaan, sila hubungi Pejabat Pos Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my atau di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia anda.

Sumber : Poslaju Malaysia Renew Road Tax

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.