Site icon Travel Blogger Malaysia

Pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 #VisitMalaysia2020

Sesuatu yang terpaksa dilakukan, walaupun kita di Malaysia sudah menghabiskan puluhan juta ringgit untuk membuat promosi pelancongan ini. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, telah mengumumkan Pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 #VisitMalaysia2020.

Ia bukan sesuatu yang mudah. Dengan kesan teruk dari wabak Coronavirus Covid-19, ia memberi kesan yang teruk kepada industri pelancongan dunia, termasuklah di Malaysia. Hampir 100 peratus aktiviti pelancongan di dunia hampir lumpur hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Menurut pakar, ia mungkin akan membawa sehingga ke tempoh 6 bulan.

Baca : Promosi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020



Pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 #VisitMalaysia2020

Visit Malaysia 2020
Tahun Melawat Malaysia 2020 DiBatalkan

Anda boleh layari laman web Tourism Malaysia untuk mendapatkan butiran yang lebih lanjut.

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil ketetapan seperti berikut:-

Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020);
Pembekuan semua urusan kaunter dan perkhidmatan atas talian bagi Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen Pengendalian Pelancongan, Pemandu Pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan Pendaftaran Penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK);
Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kempen Melawat Malaysia (VM2020) adalah DIBATALKAN sejajar dengan impak penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara amnya. Perkara ini berkuatkuasa serta merta.

Pembekuan semua perkhidmatan kaunter dan atas talian di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC Negeri berhubung pelesenan pelancongan seperti pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK) adalah berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Mac 2020.

Sejajar dengan Kenyataan Media oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri hari ini berhubung pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan, kesemua premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi secara minimum. Namun, kesemua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin berkenaan dan tempahan sajian hendaklah dibuat secara room service.

Proses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah berkenaan adalah dibenarkan, tetapi dalam skala yang kecil dan

diterhadkan. Bagi tetamu premis penginapan pelancong yang terpaksa memanjangkan tempoh penginapan sepanjang perintah ini berkuatkuasa, mereka bolehlah mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing. Walau bagaimanapun, pelancong domestik baharu yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong adalah tidak dibenarkan.

Saya menyeru kepada orang ramai supaya mematuhi social distancing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih. Marilah kita berdoa agar kesejahteraan negara tercinta ini dapat dikembalikan seperti sedia kala dengan secepatnya.

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
MenteriPelancongan, Seni dan Budaya
18 Mac 2020

Exit mobile version