Pembayaran Pendahuluan Duit PTPTN Sept 2011
|Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memberitahu yang pelajar-pelajar yang membuat pinjaman PTPTN akan mendapat bayaran pendahuluan sebanyak RM1,500 setiap seorang daripada jumlah pinjaman setiap semester mereka 2 minggu dari tempoh pendaftaran sessi baru tahun ini.
Sessi semester baru akan bermula sekitar 3 September 2011 nanti , hanya selepas beberapa hari kita meraikan Aidil Fitri. nampaknya, pelajar kita tidak boleh beraya terlalu lama di kampung seperti tahun-tahun sebelumnya.
Bermakna juga, nampaknya duit PTPTN itu akan masuk ke dalam akaun pelajar-pelajar ini sebelum hari raya Aidil Fitri. Nampaknya pelajar kita kena plan betul-betul. Takut habis pulak terpakai untuk raya.
Pemberian pendahuluan ini akan diberi kepada pelajar-pelajar yang berada di bawah tanggungan ibubapa yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah sahaja. Bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran dan pembelian buku-buku teks pelajar sebelum bermula sessi semester terbaru.
MrJocko.com